Seorang muslim tidak boleh turut merayakan hari raya agama lain kerana perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hari raya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hari raya tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain. Kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Pada masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.
Semoga tiada lagi gongxiraya, deeparaya dan seumpamanya pada masa akan datang. Wallahua'lam. >Khalid Samad : Najib perlu jawab, buang elemen keagamaan Kristian > >SHAH ALAM, 2 Jan Perdana Menteri, Datuk Seri >Najib Razak sepatutnya tidak lepas tangan dengan >membiarkan pegawainya menjawab segala persoalan >berhubung isu membuang elemen keagamaan semasa >sambutan Hari Krismas 25 Disember lalu. > >Arahan berkenaan juga didakwa melarang berlakunya >upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu >pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu. > >Najib hadir ke gereja berkenaan sebagai tetamu >bagi meraikan rumah terbuka yang adakan di >kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur. > >Bercakap kepada Selangorkini, Ahli Parlimen Shah >Alam Khalid Samad menegaskan biarpun arahan >sedemikian tidak keluar dari Najib Razak namun >selaku Perdana Menteri perlu mengambil tanggungjawab penuh. > >Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat >menggesa Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya >dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap >tidak senang akibat tindakan pembantunya pada acara berkenaan. > >Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa >pegawai-pegawai Najib mengarahkan kepimpinan >gereja mengalih salib dan simbol-simbol lain >daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di >Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib. > >Najib sepatutnya dia mengambil tanggungjawab, >walaupun arahan bukan daripada dirinya sepatutnya >dia menjelaskan sendiri dan mengarahkan >pegawai-pegawai berkenaan untuk meminta maaf >kerana apa yang penting kita sebagai orang Islam >ini adil terhadap penganut agama lain, katanya. > >Tambah Khalid, tindakan Najib Razak berdiam diri >dalam isu ini menggambarkan beliau takut untuk >berhadapan memberi penjelasan kepada rakyat. > >Nampak macam penakutlah dia nak berhadapan dalam >isu ini samalah dulu macam kes pegawai khas yang >mengeluarkan kenyataan yang rasis dan sebagainya, >respon dia (Najib) terlalu dingin sedangkan benda ini penting, jelasnya. > >Justeru,Khalid menegaskan Najib perlu memohon >maaf dan tidak membiarkan pegawai-pegawainya >menjawab persoalan yang dikemukakan pimpinan Pakatan Rakyat. > >Dia kena ambil tanggungjawab, samada pegawai dia >ke, isteri dia ke, atau orang bawahan dia ke, dia >kena bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri, >paling kurang pun jika bukan arahan dia, dia >kenalah minta maaf ataupun minta maaf bagi pihak >Jabatan Perdana Menteri, katanya. ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

