Sekarang ni musim semua harga barang naik. Jadi kenalah dari masa ke semasa 
fikirkan langkah yang sesuai untuk berjimat cermat. Baru-baru ini jiran saya 
buat kenduri kahwin. Dia jemput seorang usahawan beri hidangan Ayam Goreng … 
dalam menunya.

Boleh tahan sedap rasanya. Puas saya perhatikan ramuan yang digunakan. Akhirnya 
dapatlah resipinya dari pemerhatian dan beberapa ujikaji oleh isteri di rumah. 
Selalu anak-anak kalau goreng biasa, setengah ekor tak habis. Sekarang dengan 
resipi ni tak cukup satu ekor. 

Rasanya setanding dengan restoran berjenama tempatan.

Bahan-bahan untuk tepung goreng : 
1. Serbuk jintan manis - 1 sudu teh
2. Serbuk jintan putih - 1 sudu teh
3. Serbuk ketumbar - 1 sudu teh
4. Serbuk lada hitam - 1 sudu teh
5. Serbuk cili merah – 1 sudu teh
6. Tepung gandum - Setengah cawan
7. Tepung beras - Setengah cawan
8. Garam - 1 sudu teh

Gaul rata semua serbuk, tepung dan garam dalam satu bekas.

(Sukatan serbuk cili merah, lada hitam, ketumbar, garam boleh ditambah atau 
kurang mengikut citarasa sendiri) 

1 ekor ayam 
2 biji telur (dipukul)

Gaulkan ayam dengan telur dalam bekas lain, biarkan perap 5 minit.

Ayam yang telah digaul dengan telur tadi , gaulkan pula dalam bekas ramuan 
tepung goreng.

Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak. 

Selamat Mencuba




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke