Sepatutnya media alternatif seperti Suara Keadilan, Roket, Harakah, Siasah, 
Free Malaysia Today, Malaysiakini dan sebagainya mengadakan pertandingan 
menulis artikel paling sedih penderitaan rakyat Malaysia yang amat terkesan 
akibat kenaikan harga barangan, harga minyak, hutang PTPTN, pengangguran, yuran 
sekolah dan sebagainya.

Ini adalah kerana media arus perdana sudah tidak berminat lagi hendak 
memperjuangkan nasib rakyat sebegini. Mereka hanya berminat untuk 
melaga-lagakan sesama rakyat, antara kaum dan bangsa, antara raja dan rakyat 
dan sebagainya.

Di bawah ini adalah contoh artikel benar penderitaan rakyat masa kini dari Blog 
Singalautmetro.

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! 

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah 
RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya 
di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek 
beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali 
barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim 
tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut 
suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai 
hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk 
membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar 
langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. 
"Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak 
dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak 
tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan 
mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh 
tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat 
kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. 
Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu 
belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu 
yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas 
tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum 
malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak 
sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, 
nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab 
kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki 
ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. 
Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama 
dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. 
Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan 
realiti kehidupan sebuah negara maju nanti? 

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/dukacita-seorang-melayu-miskin-bahasa.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke