SURAT TERBUKA UNTUK DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA–RAJA MELAYU 
mthago | January 11, 2011 at 6:17 pm | Categories: Politic | URL: 
http://wp.me/pLHqh-ne  

Daulat Tuanku!
Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patek harap diampun.
Tuanku merupakan payung kepada semua orang melayu dan kaum lain yang menjunjung 
Tuanku sebagai raja mereka. Orang melayu di Malaysia sememangnya berpegang 
teguh 
bahawa DYMM adalah raja mereka. Orang melayu memang terkenal dengan ketaatan 
mereka terhadap raja-raja kerana mereka sudah turun temurun menganggap 
raja-raja 
adalah ketua mereka.
Mana-mana masyarakat yang inginkan kehidupan yang aman dan harmoni mesti 
mempunyai seorang ketua. Ketua kepada orang-orang melayu adalah raja-raja 
Melayu 
dan raja-raja Melayu ini hakikatnya adalah Ulul-Amri atau Amir atau juga Imam. 
Sebagai contoh dalam solat berjemaah, makmum mesti mengikuti setiap pergerakan 
imam. Apabila imam mengubah kedudukan pergerakan dalam solat, maka makmum mesti 
mengubah kedudukan yang sama seperti imam. Makmum tidak boleh mengubah 
kedudukan 
dalam solat mendahului imam dan sekiranya makmum mendahului imam maka solat 
makmum tersebut tidak dikira sebagai berjemaah bersama imam atau dalam kata 
lain 
solatnya batal. Apabila imam melakukan kesalahan dalam solat adalah menjadi 
kewajipan kepada makmum untuk membetulkannya. Allah memerintahkan makmum untuk 
membetulkan kesalahan imam dengan cara yang berhikmah. Allah memerintahkan 
makmum dalam solat berjemaah supaya membetulkan atau menegur kesalahan imam 
dengan menyebut "Subhanallah". Apabila kita ingin menegur kesalahan imam, niat 
kita menegur imam bukan niat hendak membetulkanya tetapi niat hanya kerana 
perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Allah mengajar kita supaya beradab dan 
berhikmah apabila memberi teguran kepada Imam atau Amir kita. Hal yang sama 
juga, apabila ketua kita ada melakukan kesilapan, Allah memerintahkan kita 
sebagai rakyat dibawah naungan ketua kiyta untuk memberi teguran kepada mereka 
dengan cara yang penuh berhikmah dan beradab.
DYMM Tuanku adalah satu-satunya ketua orang melayu dan ketua kepada semua 
rakyat 
Malaysia. DYMM Tuanku telah memberi amanah kuasa untuk mentadbir negara 
tercinta 
ini kepada rakyat dan melalui sistem demokrasi, rakyat memilih ketua dikalangan 
rakyat sebagai wakil mereka dalam Parlimen. Ketua parti politik yang memiliki 
bilangan majoriti di parlimen dilantik sebagai perdana menteri. Walaupun 
begitu, 
perdana menteri bukanlah Ulul-Amri. Ulul-Amri negara ini tetap DYMM Tuanku yang 
mana dilantik dari Majlis Raja-Raja Melayu. Dari kalangan Raja-Raja Melayu akan 
dilantik salah seorang dari mereka sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan 
Ulul-Amri (Amir) untuk negara Malaysia.
DYMM Tuanku merupakan Amir mutlak. Dalam satu masa tidak boleh wujud dua Amir. 
Adalah menjadi perintah Allah supaya melantik seorang Amir untuk memerintah dan 
menjadi ketua dalam satu masa. Apabila wujud dua Amir dalam satu masa, maka 
fitnah akan timbul.
Fitnah disini memberi maksud kita akan menghadapi huru-hara dan dikalangan 
orang 
islam wujud kebencian dan sangka buruk. Orang islam akan akhirnya bunuh 
membunuh 
sesama mereka, dan tiada lagi kasih sayang dan keamanan wujud dikalangan 
mereka. 
Apabila beberapa orang islam semasa pemerintahan Khalifah Uthman r.a merancang 
untuk membunuhnya, Hazrat Uthman r.a telah menasihati mereka supaya tidak 
meneruskan rancangan mereka. Beliau juga memberi amaran sekirnya mereka tidak 
mahu mentaati nasihat beliau yang merupakan Amir yang sah kepada orang islam 
pada ketika itu tetapi sebaliknya taat kepada Amir lain maka akan berlaku 
huru-hara dikalangan orang islam selepas kematian beliau.
Sejarah membuktikan kebenaran kata-kata Hazrat Uthman r.a selepas kematian 
beliau. Selepas Hazrat Uthman r.a dibunuh, keadaan orang islam sehingga 
sekarang 
tidak lagi hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni sesama orang islam. 
Soalan 
pertama Hazrat Umar r.a bertanya kepada orang islam setelah beliau ditikam 
ialah 
siapakah yang menikam saya? Apabila orang islam memberitahunya yang menikamnya 
adalah orang bukan islam, beliau menjadi begitu tenang. Apabila orang islam 
membunuh orang islam yang lain dan orang islam yang dibunuh itu merupakan Amir 
kepada orang islam, kemudian fitnah akan berlaku terhadap orang islam. Orang 
islam tidak boleh mempunyai Amir lebih dari satu untuk memimpin mereka.
Di Malaysia ketika ini sepatutnya hanya ada seorang Amir sahaja dan Amir itu 
ialah DYMM Tuanku. DYMM Tuanku adalah Amir sebenar bagi negara Malaysia. DYMM 
Tuanku mesti mengambil alih tugas memerintah Malaysia terutamanya ketika negara 
berada dalam keadaan huru hara. DYMM Tuanku mesti mengambil alih tugas tersebut 
lebih-lebih lagi bila orang yang DYMM Tuanku lantik untuk menjalankan tugas 
untuk melaksanakan undang-undang dan pemerintahan gagal untuk menjalankan tugas 
dengan baik. Ketika berlaku kekecohan dan huru hara, adalah menjadi 
tanggungjawab DYMM Tuanku untuk mengembalikan keadaan negara ini menjadi aman 
dan harmoni.
Apabila pemimpin-pemimpin politik yang telah diberi kepercayaan oleh DYMM 
Tuanku 
gagal untuk mentadbir negara dengan baik, maka DYMM Tuanku sepatutnya mengambil 
alih kuasa tersebut dan baginda memerintah negara ini. Kerana berpolitik, orang 
melayu tidak lagi bersatu dan atas nama menegakkan keadilan di Malaysia banyak 
penipuan berlaku. Kebanyakan ahli politik tidak lagi jujur dalam menjadikan 
negara ini sebuah negara yang aman dan harmoni. Kebanyakan mereka menjadikan 
landasan politik sebagai alat untuk mereka mendapat kekayaan dan kekuasaan. 
Mereka lebih cenderung untuk menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk 
mengkayakan mereka dan keluarga mereka sendiri. Terdapat sejumlah besar ahli 
politik sanggup menafikan hak orang melayu hanya kerana untuk meraih sokongan 
dari orang cina dan india. Apabila ahli politik bersungguh-sungguh menafikan 
hak 
orang melayu, ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya dalam usaha untuk 
menafikan hak Tuanku sebagai raja kepada negara ini dan hak Tuanku sebagai 
Ketua 
Agama Islam yang memartabatkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini.
Sebenarnya DYMM Tuanku dan raja-raja melayu yang memberi kepercayaan dan kuasa 
kepada ahli politik untuk mengurus negara ini. Kuasa mutlak untuk mentadbir 
negara ini hakikatnya milik DYMM Tuanku dan semua raja-raja melayu dan bukanlah 
milik mutlak ahli politik. Hakikatnya, kuasa dan kemuliaan adalah milik Allah 
dan tiada yang memiliki kuasa dan kemuliaan kecuali Allah. Mengikut ajaran 
islam, adalah menjadi perintah Allah dan sunnah nabi Muhammad saw 'apabila ada 
tiga orang dikalangan kamu, salah seorangnya mesti menjadi Amir'. Amir diberi 
amanah dengan kuasa dan Amir mestilah menggunakan kuasa untuk menegakkan 
perintah-perintah Allah. Selagi seseorang itu yang dilantik menjadi Amir, semua 
arahannya yang tidak bertentangan dengan perintah Allah mestilah didengar, 
ditaati dan diikuti. Malaysia mestilah mempunyai Amir yang dirahmati oleh Allah 
SWT dan hak sebenar yang memegang status Amir negara ini ialah DYMM Tuanku. 
Mempunyai Amir yang buruk adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki 
Amir dan tidak sepatutnya wujud keadaan di Malaysia langsung tidak ada Amir. 
Jika kita tidak mempunyai Amir maka kita tidak mentaati perintah Allah dan hal 
ini menyebabkan Allah murka kepada kita orang islam.
Hakikatnya kuasa untuk menggubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan di 
Malaysia tertakluk kepada DYMM Tuanku dan raja-raja melayu, apabila DYMM Tuanku 
ketua negara ini. Apabila perdana menteri yang dilantik telah gagal untuk 
memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya maka DYMM Tuanku sepatutnya 
mengambil alih kuasa yang diserahkan kepada perdana menteri selama ini dan DYMM 
Tuanku memilih perdana menteri yang lain agar undang-undang dan pemerintahan 
kembali dapat dilaksanakan dengan baik. DYMM Tuanku tidak semestinya 
menggunakan 
sistem demokrasi untuk memilih perdana menteri. Dalam islam, apabila tiada lagi 
wahyu diturunkan untuk menyelesaikan masalah manusia maka Allah memerintahkan 
kita agar mengadakan mesyuarat dikalangan orang yang bertanggungjawab untuk 
menyelesaikan masalah yang dihadapi. DYMM Tuanku boleh menggunakan mesyuarat 
dikalangan ahli majlis mesyuarat untuk melantik perdana menteri. Ahli majlis 
mesyuarat sepatutnya dari kalangan Raja-Raja Melayu dan orang yang DYMM Tuanku 
fikir mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli majlis mesyuarat tersebut.
Oleh kerana DYMM Tuanku menjadi Amir atau Yang Dipertuan Agong setiap lima 
tahun 
sekali, maka perlantikan perdana menteri juga dibuat setiap lima tahun sekali. 
DYMM Tuanku dan Raja-Raja Melayu mesti mendepankan kesejahteraan negara, 
perlaksanaan undang-undang dan pemerintahan yang baik lebih utama daripada 
penggunaan sistem pemerintahan. Dalam sistem demokrasi, majoriti memerintah dan 
jika sekiranya majoriti dari kalangan orang buruk maka orang yang buruk jugalah 
akan dipilih menjadi perdana menteri.
Sejak merdeka sehingga kini negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan 
yang merupakan sistem yang dilaksanakan di negara penjajah kita. Walaupun 
Tuanku 
dijadikan Yang DiPertuan Agong atau Amir di negara ini, namun dalam  sistem 
Raja 
Berpelembagaan, Tuanku berfungsi sebagai penasihat dan tidak memiliki kuasa 
eksukutif mutlak. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, peranan Tuanku selaku Amir 
menjadi kurang aktif dan berkuasa. Dalam sistem ini, Raja lebih kepada hanya 
menjadi simbol sahaja dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Dalam sejarah islam, 
dua 
sistem pemerintahan yang diamalkan ketika pemerintahan orang islam pada zaman 
kegemilangan sahabat Nabi Muhammad saw. Yang pertama ialan sistem pemerintahan 
khalifah dan yang kedua ialah sistem pemerintahan beraja. Sejarah islam 
membuktikan bahawa empat orang sahabat Nabi Muhammad saw telah menjadi khalifah 
dan ia dikenali sebagai Pemerintahan Khulafak Rasyidin dan salah seorang 
sahabat 
Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi raja. Hadrat Abu Bakar r.a, Umar r.a, 
Uthma r.a dan Ali r.a adalah Khalifah Rasyidin dan Hadrat Miawiyah r.a adalah 
contoh pemerintahan beraja. Apabila orang islam terdiri daripada orang yang 
beriman maka sistem pemerintahan khalifah atau sistem beraja adalah sistem yang 
sesuai untuk dilaksanakan.
Orang islam di Malaysia akan menjadi orang yang beriman kepada Allah apabila 
orang islam menjalankan kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran 
dengan bersungguh-sungguh. Jika Malaysia ingin melaksanakan sistem pemerintahan 
islam, maka sistem pemerintahan beraja adalah sistem yang sesuai dilaksanakan 
di 
negara ini. Dalam sistem pemerintahan beraja ini, DYMM Tuanku selaku Yang 
DiPertuan Agong dan Amir kepada negara Malaysia bersama dengan ahli majlis 
mesyuarat yang menentukan perlantikan perdana menteri. Perdana menteri yang 
dilantik akan melantik menteri kabinet yang mendapat perkenan dari DYMM Tuanku. 
Menteri kabinet yang dilantik akan berfungsi untuk membantu perdana menteri 
menjalankan tugas-tugas perlaksanaan polisi dan arahan yang diputuskan oleh 
DYMM 
Tuanku.
Sistem demokrasi bukan sistem pemerintahan islam dan tidak pernah digunapakai 
oleh Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat r.hum dan orang-orang islam terdahulu. 
Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dicipta oleh orang-orang Rom kuno 
dan mereka merupakan orang bukan islam. Dalam sistem demokrasi, golongan 
majoriti akan diberi kuasa untuk memerintah  dan apabila golongan majoriti dari 
kalangan orang buruk, maka tidak hairanlah orang yang buruk akan berada 
ditampuk 
kekuasaan. Oleh yang demikian, Allah tidak pernah menurunkan perintahNya yang 
membenarkan baginda Nabi saw supaya melaksanakan pemerintahan demokrasi dan ini 
adalah disebabkan sistem tersebut tidak diiktiraf oleh Allah sebagai sistem 
pemerintahan yang sesuai dan tidak banyak memberi manfaat kepada manusia. 
Sistem 
tersebut dicipta oleh manusia dan sememangnyalah terdapat banyak kelemahan dan 
keburukan. Dapat dilihat banyak negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan 
bertukar menjadi huru-hara menjelang pilihanraya.
Sebagai orang islam kita mesti sentiasa berusaha untuk mentaati semua perintah 
Allah termasuk dalam hal perlaksanaan sistem pemerintahan yang telah 
ditunjukkan 
oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw dan sahabat r.hum. Harini, ada sebahagian 
negara di dunia ini tidak menggunakan sistem demokrasi sebagai sistem 
pemerintahan namum negara mereka masih diterima kewujudannya serta dihormati 
oleh negara lain di dunia. Negara China dan Saudi Arabia  sebagai contoh negara 
yang tidak mengamalkan sistem demokrasi tetapi mereka masih diterima
oleh UN.
Apabila sistem pemerintahan demokrasi tidak lagi mampu untuk mengekalkan 
keamanan dan keharmonian Malaysia, DYMM Tuanku mempunyai kuasa penuh sebagai 
Amir negara Malaysia dan bersama dengan semua Raja-Raja Melayu mempunyai hak 
dan 
kuasa untuk buat pilihan untuk menggunakan sistem pemerintahan islam iaitu 
sistem pemerintahan beraja daripada terus mengekalkan sistem pemerintahan 
demokrasi yang diguna sekarang di negara ini. Sistem pemerintahan  islam 
merupakan sistem pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada Nabi 
Muhammad saw dan sistem ini diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda saw dan 
orang 
islam setelah mereka.
Sistem pemerintahan islam tidak memerlukan perlaksanaan pilihanraya umum. Tanpa 
pilihanraya umum, Malaysia mampu menyelamatkan banyak jumlah wang dan ianya 
dapat digunakan untuk membantu rakyat. Melalui sistem pemerintahan islam, 
Negara 
Malaysia juga dapat diselamatkan dari jatuh ke tangan orang-orang jahat yang 
mahu mentadbir negara ini. Apabila negara ini melaksanakan sistem pemerintahan 
islam maka negara ini akan dirahmati oleh Allah SWT dengan keamanan dan 
kekayaan. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu akan dikenal disisi Allah 
sebagai hamba Allah yang taat kerana melaksanakan sistem pemerintahan islam di 
negara ini. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu akan dikenang oleh generasi 
akan datang sebagai orang yang bertanggungjawab melaksanakan sistem 
pemerintahan 
islam setelah melalui zaman gelap semasa pemerintahan demokrasi. Apabila kita 
mentaati perintah Allah dengan cara yang telah ditunjuki oleh Nabi Muhammad 
saw, 
maka kita akan berjaya dalam pandangan pencipta kita, Allah SWT. Semoga Allah 
merahmati dan memberi hidayah pentunjuk kepada DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja 
Melayu ke jalan yang benar yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi 
Muhammad 
saw.
Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk 
memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin 
politik orang melayu di negara tercinta ini dengan maksud untuk mentaati 
perintah Allah dan niat saya untuk sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah 
sehingga saya menjadi hamba yang dicintai Allah SWT. Dengan segala keupayaan 
yang Allah izinkan, saya telah berusaha dengan penuh sopan dan tatasusila untuk 
memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin 
politik orang melayu. Sekiranya DYMM Tuanku tidak senang hati dengan apa yang 
saya kemukakan ini dan tidak menepati kehendak DYMM Tuanku, saya memohon 
keampunan dari Tuanku dan Allah SWT.
Daulat Tuanku !
Ampun Tuanku. Apa yang patek persembahkan harap diampun. Patek mohon mengundur 
diri.
Prof. Dr. Nasoha Saabin
January 2011
Dean of Faculty of Optometry
International University College of Technology Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
Add a comment to this post        

  WordPress.com | Thanks for flying with WordPress!
Manage Subscriptions | Unsubscribe | Publish text, photos, music, and videos by 
email using our Post by Email feature.  

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: 
http://subscribe.wordpress.com 



      

Kirim email ke