Satu lagi projek Umno Barisan Nasional yang amat prihatin nasib rakyat terutama golongan sederhana, kurang berkemampuan, peneroka, orang kampung yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Maklumlah minyak dah naik harga. Banyaklah jawatan kosong ditawarkan di Puspakom nanti. Bijak, bijak.
HANTAR MOTOSIKAL TERPAKAI KE PUSPAKOM: NGO BERI REAKSI BERBEZA KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan. Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong pula menyuarakan pandangan bertentangan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna. "Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa fi yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya consumer yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran)," katanya. Wee berkata lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=556126 PUSPAKOM PERLU CARI KAEDAH EFEKTIF PERIKSA MOTOSIKAL TERPAKAI Berita Harian 13 Jan 2010 : Adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula. Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan. Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PUSPAKOMperlucarikaedahefektifperiksamotosikalterpakai/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

