Jawatan Bilal adalah amat kritikal sekarang ini, khususnya di Negeri Sembilan. 
Bilal bukan sahaja setakat azan, bilal sepatutnya mahir menguruskan jenazah. 
Malangnya terdapat masjid yang mempunyai bilal yang tidak boleh menguruskan 
jenazah. Bukan setakat masjid malahan hospital di N.Sembilan pun terlalu amat 
sedikit mereka yang mahir menguruskan jenazah. 

Salah seorang pengurus jenazah ini tinggal dalam kariah saya. Tuan Haji ini 
bukanlah bilal masjid. Tetapi dialah antara orang utama untuk menguruskan 
jenazah iaitu mandi dan mengkafankan. Malahan boleh dikatakan hospital-hospital 
di Negeri Sembilan akan memanggil Tuan Haji ini untuk menguruskan jenazah di 
hospital terutama yang terdapat komplikasi.

Kenapa ini terjadi? Salah satu puncanya ialah sikap masyarakat kita, dari 
pemimpin hinggalah ke rakyat jelata yang kurang ambil berat urusan khairat 
kematian. Tak percaya, cuba tanya diri kita sendiri , adakah kita menjadi ahli 
khairat kematian di kejiranan kita? Bukan setakat bayar yuran tetapi mengambil 
bahagaian dalam pengurusan jenazah di tempat kita.

Pengurus jenazah yang saya temui rata-ratanya ikhlas melakukan perkerjaan, 
walaupun tugasnya amat-amat berat. Kerana mereka tahu mandi jenazah ini adalah 
satu kewajipan.

Justeru itu satu tindakan oleh semua pihak adalah perlu dari pemimpin hingga 
masyarakat agar lebih serius dalam pengurusan jenazah ini.

Pada saya pengurus jenazah macam Tuan Haji ni perlu diberikan elaun khas RM5000 
sebulan pun belum tentu cukup kerana ahli kariah beliau saya anggarkan sekitar 
10,000 orang, bayangkanlah. Bayaran elaun ini juga harus bergantung kepada 
berapa ramai ahli kariah mereka, kalau dikampung mungkin ada masjid ahli 
kariahnya tidak sampai 300 orang.

Apa boleh buat , saya bukan Perdana Menteri, saya bukan Menteri Besar, saya 
bukan Pengarah JAKIM, saya bukan Pengerusi Majlis Agama Islam dan saya juga 
bukan Penasihat Majlis Agama, jadi saya hanya boleh beri cadangan sajalah.

Yang boleh saya buat ialah membentuk Jawatankuasa Badan Khairat seperti pautan 
berikut 
http://masjidsenawang.blogspot.com/2011/01/badan-khairat-taman-alamanda-senawang.html
 

Dah Tempat Kain Kafan ? Apa boleh buat, orang sibuk dengan hal dunia sekarang 
ini.

ORANG YANG BIJAK ADALAH SENTIASA MENGINGATI MATI.. 
Hadis Riwayat Imam at Tirmizi

Dari Syaddaad bin Aus dari baginda Nabi SAW telah bersabda 

Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk 
hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya 
dan ia berangan-angan keatas Allah

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke