Hujung minggu yang lalu (15-16 Jan 2011) TV1 menyiarkan rancangan Dokumentari 
khas mengenai kisah persaraan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri 
Ibrahim Engku Ngah. Saya tak berkesempatan menontonnya, tapi isteri sempat 
menonton di dapur sambil melakukan kerja rumah. Antara yang menarik dalam 
dokumentari tersebut menurut isteri saya ialah pemakanan Engku Tan Sri Ibrahim. 
Almaklumlah orang Terengganu, macam isteri saya juga, pemakanannya cukup 
ringkas, iaitu ikan singgang atau ikan bakar, ulam dan nasi putih, minuman 
kurang gula.

Ikan singgang ialah masakan rebus air tanpa santan dan rempah. Ikan bakar pula 
tak perlu guna minyak. Walaupun Engku Tan Sri Ibrahim mampu untuk makan makanan 
berminyak, bersantan, namun beliau memilih diet yang simple tapi sihat.

Diet ini amat sesuai untuk semua rakyat jelata dari pemimpin hinggalah ke orang 
bawahan dalam menghadapi situasi krisis makanan yang menggila di Malaysia 
sekarang ini.

Tak ada minyak, bakar sajalah. Tak ada santan, rebus sajalah. Bukan setakat 
jimat, malahan ianya sihat. Tapi yang mengesyorkan kaedah makanan macam ini 
kenalah buktikan melalui Kepimpinan Melalui Tauladan seperti yang ditunjukkan 
oleh Engku Tan Sri Ibrahim.

Suruh orang masak rebus, dia pun kenalah masak rebus. Suruh orang jangan guna 
santan dia di rumah pun janganlah guna santan. Suruh orang kurang guna gula, 
dia pun kenalah kurang guna gula. Suruh orang melancong dalam negeri, dia pun 
kenalah melancong dalam negeri.

Yang kaya dan berkemampuan tu, dengan penjimatan ini bolehlah jenguk-jenguk 
saudara mara serta jiran tetangga untuk dibantu dari segi yuran sekolah, PTPTN, 
makanan asas, hutang bil api air dan sebagainya, kuranglah sedikit aktiviti 
Along.

Nampaknya orang Negeri Sembilan susahlah menghadapi krisis santan, gula dan 
minyak. Belajar-belajarlah dari Engku Tan Sri Ibrahim. Bila krisis makanan dah 
reda, bolehlah merasa sekali sekala.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

************** 
Khamis Januari 6, 2011 
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERSARA ESOK 

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 
yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari 
Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai 
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, 
Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja 
serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk 
Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat 
perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 
1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang 
Yangdi-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) 
JabatanPerdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada 
April 1987. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/6/mstar_berita/20110106182625&sec=mstar_berita
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke