Pelik sungguh, macamlah Kuala Pilah tu kota metropolitan hinggakan tempat letak 
kereta pun tak cukup hinggakan banyak peniaga tutup kedai. Agaknya kerajaan 
negeri nak lantik konsultan dulu untuk cari jalan penyelesaian. Lepas lantik 
konsultan, keluar tender, lepas tu lantik kontraktor, lepas tu senyap. 
Tunggulah Pakatan Rakyat ada wakil di Kuala Pilah barulah kelam kabut Umno 
agaknya.

********************** 
Tangani segera masalah parkir 
Sinar Harian 18 Jan 2011 

KUALA PILAH – Masalah tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah sudah lama 
diperkatakan dan terbaru, seramai 50 peniaga di Jalan Dato’ Undang Johol 
menyuarakan hasrat mereka dengan memohon penyediaan tempat letak kenderaan yang 
lebih sistematik, di sini. 

Wakil peniaga, Jacky Chong berkata, Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) 
pernah memaklumkannya, satu perancangan teliti giat dilaksanakan bagi mengatasi 
masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah. 

“Mereka kata, sebuah jambatan akan dibina melalui Jalan Tun Yen, seterusnya 
menjadikannya sebagai jalan sehala di pekan ini. 

“Setakat ini sudah dua kali pihak berkenaan membuat tinjauan mengenai perkara 
ini tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil,” 
katanya.

Jacky berkata, sekitar 2008, Menteri Besar ketika itu telah berjumpa dengan 
persatuan kaum Cina di Dewan Dato’ Bahaman Samsudin pada majlis keramaian. 

“Beliau telah mencadangkan supaya garisan kuning di Jalan Dato Undang Johol 
ketika itu ditukar kepada garis putih sebagai tanda boleh meletakkan kenderaan 
di sepanjang jalan, sekali gus mengurangkan masalah kekurangan tempat letak 
kereta. 

“Pihak berkuasa turut memberi kelonggaran kecuali pada cuti umum iaitu Sabtu 
dan Ahad kerana mengundang kesesakan lalu-lintas serta menghalang kelicinan 
perjalanan sekiranya meletakkan kenderaan di sepanjang jalan berkenaan,” 
katanya. 

Menurutnya, walaupun telah diberi kelonggaran namun segelintir masyarakat masih 
takut meletakkan kenderaan mereka di situ kerana bimbang disaman atau denda. 

Katanya, akibat sukar mendapat tempat meletakkan kenderaan, hanya 23 kedai 
sahaja yang masih beroperasi berbanding 92 buah sebelum ini. 

“Keadaan ini menjejaskan perniagaan mereka dan ada juga beberapa peniaga tekad 
menutup perniagaan masing-masing. 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8635938.asp 





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke