Empat sekolah menengah di Malaysia telah terpilih untuk Program Menangani Stres 
di Sekolah tahun 2011. Tahun 2010 hampir setengah juta rakyat kita menjalani 
rawatan mental di hospital kerajaan. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, 
atau hampir 3.3 juta orang rakyat kita sakit mental dengan 50,000 kes cuba 
bunuh diri setahun. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, bukan separuh, bukan 
suku.

Ulasan lanjut di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 


PESAKIT MENTAL MENINGKAT 15.6 PERATUS TAHUN LALU: LIOW
Berita Harian Selasa , 18 Januari 2011

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan 
masalah kesihatan mental, di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit 
mental menjalani rawatan di hospital kerajaan. 

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009,” 
kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat 
Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, hari ini. 

Beliau berkata, peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan 
Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan 
terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020. “Menjelang 2020 juga, 
salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat 
kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia,” katanya. 

Melihat pada perkembangan itu, Liow berkata, kementerian berkenaan akan 
memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit 
mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun 
ini. 

“Satu projek rintis akan diadakan di mana empat Sekolah Menengah dipilih untuk 
menjalankan Program Menangani Stres di Sekolah selama enam bulan bagi menangani 
kesihatan mental seawal umur remaja,” katanya. 

Empat sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan, Perak; SMK 
Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekok, Jasin, 
Melaka; dan SMK St Michael, Penampang, Sabah. 

Beliau berkata, projek rintis berkenaan yang akan bermula Februari depan 
dilihat perlu diadakan kerana mengikut kajian terdapat juga peningkatan masalah 
kesihatan mental di kalangan remaja ketika ini. 

Liow berkata, program itu akan menggunakan modul Menangani Tekanan di Kalangan 
Pelajar yang disediakan Kementerian Kesihatan dan jika bersesuaian ia akan 
diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara mulai tahun depan. 

Merujuk kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, beliau berkata, kes 
morbiditi psikiatrik atau pemikiran tidak sihat meningkat sebanyak 11.2 pada 
tahun 2006 berbanding 10.6 peratus pada 1996. 

Kadarnya adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda yang berumur antara 16 dan 
19 tahun dan wanita berusia antara 70 dan 74 tahun dengan 6.4 peratus daripada 
mereka mempunyai idea untuk membunuh diri, katanya. 

Beliau berkata, kekurangan ahli psikiatrik turut membimbangkan di mana ketika 
ini hanya terdapat 124 orang psikiatrik di seluruh negara iaitu dengan nisbah 
dua psikiatrik klinikal berbanding 115,000 penduduk. 

“Ia amatlah kurang dari keperluan yang ditetapkan oleh WHO iaitu satu nisbah 
50,000 bagi negara membangun. Oleh itu kita akan latih seramai mungkin 
psikiatrik," kata Liow. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/Pesakitmentalmeningkat15_6peratustahunlalu_Liow/Article/
 


PILOT PROJECT IN 4 SCHOOLS TO IDENTIFY MENTAL HEALTH PROBLEMS 
The Star Tuesday January 18, 2011 

PUTRAJAYA: The Health and Education Ministries will jointly launch a pilot 
project in four secondary schools to identify and address mental health 
problems early, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow said the move was part of efforts to identify those facing problems like 
stress and depression, and provide the help needed so that they received the 
necessary attention before the problems worsened and possibly led to drastic 
measures, including suicide.

He said a rising trend in the number of youths suffering mental health issues 
was one of the reasons the two ministries decided there was a need to introduce 
a mental health programme in schools.

"According to my ministry's National Health Mobility Survey, the number of 
those seeking medical attention for mental health problems was 10.6% in 1996 
but this rose to 11.2%, with 6.4% having considered suicide, in 2006.

"We feel it is alarming that a high number of those seeking treatment in 2006 
were those aged between 16 and 19 years and between 70 and 74 years," he told a 
press conference here Tuesday, after attending the Mental Health Advisory 
Council meeting here Tuesday.

The pilot project, which will begin immediately, will be conducted at the SM 
Sains in Teluk Intan, Perak; SMK Ahmad Badawi in Kepala Batas, Penang; SMK 
Simpang Bekok in Jasin, Malacca and SMK St Michael in Penampang, Sabah.

Under the project, students will be asked to take a mental health evaluation 
test to determine if they were facing any mental health issues and the level of 
the problem they faced.

Mental Health Advisory Council member Dr Omar Mihat said the project will 
involve selected teachers being trained to translate the results of the tests 
and determine if students were suffering from metal problems, as well as 
advising them on how they could reduce stress or depression.

"The pilot project will be conducted over six-months to gauge its effectiveness 
and we expect to introduce it in schools nationwide by the end of the year, 
once we have ironed out any teething problems," he said.

Liow also said that the ministry would be conducting various programmes to 
raise awareness on mental health among the public, like the Anti-Stigma 
Campaign that will be launched later this year.

He said the the campaign would educate the public against attaching a stigma to 
those treated for mental health problems as this affected efforts to help 
former patients return to the community and live a normal life.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/18/nation/20110118133244&sec=nation
 

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
 

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=557512 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke