Dari Blog Singalautmetro
DI MANA KITA DALAM KES MELUCUTKAN KELAYAKAN DR MOHD AZAM RAUZAN- BEKAS ADUN 
PENAWAR JOHOR? 
LEBIH dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!
Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd 
Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana 
berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati 
yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk 
mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam 
kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan 
apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan 
terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya 
adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, 
akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini 
saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di 
dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana 
keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, 
berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela 
anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba 
membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di 
luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib 
yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi 
sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita 
berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara 
manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. 
Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga 
kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan 
tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk 
Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih 
muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang!  
Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti 
nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. 
Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat 
gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang 
lama terpisah.

Sumber : 
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke