Naik taraf segera surau sesak 
Sinar Harian 24 Jan 2011 

Taman Seri Tanjung , Port Dickson – Surau Taman Seri Tanjung yang mampu 
menampung seramai 200 jemaah dalam satu masa di sini selain menjadi nadi utama 
penduduk sekitar juga sering menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa. Pengerusi 
surau, Wahab Ismail berkata, berdasarkan kedudukan surau yang terletak 
berhampiran beberapa hotel di sini menjadi tumpuan pengunjung hotel bagi 
menunaikan solat. 

(Artikel sebelum ini Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html )

Malah menurutnya, sepanjang Ramadan, suraunya sentiasa penuh dan sesak 
berikutan pengunjung hotel yang turut serta menunaikan solat tarawih berjemaah 
di sini. 

"Imam dari negara Arab yang bercuti di sini juga sering menawarkan diri untuk 
mengimamkan solat sunat. 

"Begitu juga dengan aktiviti yang dilakukan di sini dan kami mengalu-alukan 
kehadiran pengunjung luar," katanya. 

Wahab menambah, walaupun sering menerima kunjungan jemaah, surau ini juga tidak 
lari dari berhadapan dengan pelbagai masalah seperti struktur bumbung yang 
sudah rosak. 

"Bumbung surau sering bocor menjadikan surau banjir setiap kali dan menyebabkan 
jemaah yang hadir tidak selesa. 

"Masalah ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan walaupun sudah dibaiki, 
ia kembali bocor," katanya. 

Wahab turut berkata, tandas surau juga sudah tidak boleh digunakan lagi dan 
perlu dibaiki segera agar keselesaan pengunjung ke rumah ibadah ini dapat 
dijamin. 

"Pihak surau bercadang menurap halaman surau ini bagi memudahkan menjalankan 
pelbagai aktiviti. 

"Setiap kali aktiviti diadakan, khemah terpaksa dipasang bagi menampung jumlah 
pengunjung yang ramai tambahan pula, ia juga berhampiran dengan balai raya," 
katanya. 

Menurutnya, semua kekurangan dan kemudahan yang perlu dibaik pulih memerlukan 
belanja besar dan berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan. 

"Dengan adanya penambahbaikan itu akan menjadikan surau ini lebih mesra 
pengunjung dan memberikan keselesaan untuk menunaikan ibadah serta pelaksanaan 
aktiviti kemasyarakatan," katanya. 

Menurutnya lagi, surau tersebut turut menjadi tumpuan empat perumahan 
berdekatan berikutan ketiadaan institusi ibadah yang terdekat di taman 
perumahan tersebut. 

“Selain pengunjung hotel bersebelahan taman ini, empat lagi penduduk taman 
perumahan di sekitar surau ini turut mengimarahkan surau ini sama ada dalam 
melaksanakan solat mahupun aktiviti mengimarahkan surau yang lain,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8660997.asp    




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke