Presiden Tunisia yang 23 tahun mempimpin negara akhirnya digulingkan oleh rakyatnya sendiri pada Jan 2011 hanya disebabkan isu seorang pemuda yang ada ijazah komputer, menganggur, menjual sayur kemudian gerai sayurnya disita pihak berkuasa, lalu pemuda tadi kecewa dia membakar dirinya. Baru seorang bakar diri di Tunisia, tumbang Presiden. Tapi di Malaysia dilaporkan 6 hari kes bunuh diri setiap hari, tapi semua pihak senyap. Tak ada perasaan langsung rakyat Malaysia. Tak percaya, baca wanita di Johor minum racun kerana kesempitan hidup di bawah ini.
PRESIDEN TUNISIA DITUMBANGKAN TUKANG SAYUR Mohamed Bouazizi nekad bakar diri setelah dagangannya disita polisi. Rakyat pun marah. Adalah Mohamed Bouazizi, seorang tukang sayur, yang memicu kemarahan rakyat atas sang penguasa. Dia masih muda, usianya 26 tahun. Lelaki itu nekad membakar diri, setelah barang dagangannya disita polisi di kota Sidi Bouzid pada 17 Desember 2010. Berhari-hari dirawat di rumah sakit, Bouazizi akhirnya meninggal pada 4 Januari 2011. Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita. Negeri itu dilanda krisis pangan. Lapangan kerja sulit, dan rakyat hidup dalam politik yang tak peduli pada kritik. Tak banyak pilihan bagi pemuda seperti Bouazizi. Lelaki itu adalah tiang keluarga, dan dia harus menghidupi ibu dan adiknya. Itu sebabnya, Bouazizi bekerja apa saja, termasuk menjadi penjual sayur dan buah. Tak jelas benar latar pendidikannya. Stasiun berita CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Lulus kuliah, Bouazizi sulit mendapatkan pekerjaan seperti sarjana lainnya di Tunisia. Itu membuat Bouazizi terpaksa mengasong, menjual sayur dan buah. http://us.headlines.vivanews.com/news/read/200452-presiden-tunisia-ditumbangkan-tukang-sayur WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN Harian Metro 14 Jan 2011 LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat. Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu. Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja. Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitatertekantegukracun/Article/index_html BERAKHIRNYA NASIB SEORANG PRESIDEN PADA 7 November 1987 Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba digulingkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Jeneral Zine el Abidine Ben Ali yang mengambil alih kuasa. Pada bulan Januari 2011 - setelah 23 tahun berkuasa, Presiden Ben Ali digulingkan oleh rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive REMAJA TUNISIA BERTINDAK GANAS BANTAH TINDAKAN POLIS TUNIS 20 Dis. 2010 - Polis wilayah bandaraya Tunisia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan ratusan belia yang bertindak liar dengan memecah cermin-cermin kedai dan merosakkan kereta-kereta semalam, kata para saksi. Para pegawai bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian ganas itu. Jarang berlaku rusuhan di Tunisia, salah sebuah negara paling makmur dan stabil di utara benua Afrika yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk itu. Saksi-saksi berkata, ratusan beliau telah berkumpul di bandaraya Sidi Bouzid, kira 200 kilometer ke barat daya ibu kota Tunis lewat kelmarin. Menurut mereka, golongan belia marah dengan kejadian remaja lelaki, Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan polis merampas buah-buahan dan sayuran jualannya di warung jalanan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm&arc=hive IMELDA MARCOS DUNIA ARAB KETIKA kecil, wanita cantik kelahiran Tunisia bernama Leila Trabelsi ini menjalani kehidupan seharian yang biasa sama seperti kanak-kanak lain. Menginjak dewasa, Leila berkerja sebagai pendandan rambut. Dari situlah beliau berkenalan dengan, Zine el-Abidine Ben Ali, lelaki yang kemudian bergelar Presiden Tunisia dan menjadi suaminya. Sejak itu, Leila, 53, yang mana namanya membawa maksud 'kecantikan rambut hitam' mengamalkan kehidupan cukup mewah baik dari segi pakaian, barangan aksesori dan kelengkapan kediaman. Umpama cerita fantasi, Leila yang dahulu hanyalah seorang wanita biasa, menjadi perhatian seluruh dunia, dikenali ramai dan memiliki kehidupan mewah. Ekoran 'kerakusan' Leila terhadap kehidupan mewah, rakyat Tunisia memberinya jolokan 'Imelda Marcos dari dunia Arab'. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm&arc=hive KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada. http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan/ BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm SUICIDE PROTEST HELPED TOPPLE TUNISIAN REGIME On Dec. 17, a young fruit seller set himself on fire in front of the Sidi Bouzid regional council in central Tunisia. Exactly four weeks later Mohamed Bouazizi’s act of desperation toppled the repressive regime that had ruled for 23 years. http://www.thestar.com/news/world/article/922279--suicide-protest-helped-topple-tunisian-regime ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

