Terdapat beberapa perkhabaran yang mengatakan guru-guru KAFA masih belum dapat 
kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan bermula Januari 2011. Ada sesiapa boleh 
sahkan berita ini? Jika belum dapat kenaikan, kenapa? Bilakah akan dibayar 
beserta dengan tunggakan? Tunggu Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Umum? Guru KAFA 
ini amat mengharapkan kenaikan tersebut. Mungkin kalau terdesak BaitulMal boleh 
beri pinjaman, bila dapat tunggakan tolaklah elaun. Kalau BaitulMal tak ada 
duit , Ahlong sentiasa ada duit.

Jumaat Oktober 15, 2010 
Jakim Sambut Baik Kenaikan Elaun Imam & Guru KAFA 

KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar elaun bulanan untuk imam dan guru agama 
menunjukkan kerajaan yakin dengan kemampuan mereka memberikan khidmat lebih 
baik untuk meningkatkan syiar Islam negara, kata KetuaPengarah Jabatan Kemajuan 
Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh AbdulAziz.

Beliau berkata elaun bulanan Imam yang dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 
sebulan dan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada RM500 
kepada RM800 mulai Januari ini, juga dapat meringankan beban mereka.

Katanya golongan imam sangat berpengaruh dalam masyarakat setempat dan harus 
diberi perhatian oleh kerajaan agar mereka lebih bersemangat menjalankan 
aktiviti keagamaan untuk memberi kebaikan kepada umat Islam. Bercakap kepada 
BERNAMA ketika dihubungi bagi mendapatkan pandangan mengenai Bajet 2011 yang 
dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Jumaat, beliau 
berkata kenaikan imbuhan bulanan guru KAFA juga akan mendorong mereka memberi 
khidmat yang lebih baik pada masa depan.

"Khidmat guru KAFA sangat penting kerana mereka juga berperanan memperkasa lagi 
sistem pendidikan Islam negara," katanya.

Secara keseluruhannya, Wan Mohamad berkata Bajet 2011 dilihat sebagai bajet 
yang turut memberi perhatian dalam aktiviti dan pendidikan agama negara kerana 
kenaikan elaun dan imbuhan bulanan itu merupakan satu berita baik yang 
dinanti-nantikan oleh 14,252 imam dan 33,664 guru KAFA di seluruh negara. - 
BERNAMA

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/10/15/mstar_berita/20101015201948
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke