Siapa dulu menghuni Tanah Melayu atau Bumi Malaya atau Malaysia? Orang Asli 
atau Orang Melayu? Tapi kenapa nasib Orang Asli ini hanya diketengahkan waktu 
pilihanraya sahaja, terutama pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya diperlukan 
masa mengundi sahaja? Sebelum ini keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen 
Jelebu yang dahagakan ilmu Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka. 
Sekarang kisah Orang Asli di Parlimen Jempol yang buta huruf. Apa PERMATA tak 
nak buka kelas ke di Perkampungan Orang Asli terutama di Seri Menanti dan 
Rembau. Ke, dah lupa asal usul?

Kisah keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen Jelebu yang dahagakan ilmu 
Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html 

DILEMA ANAK ORANG ASLI JEMPOL
Utusan Malaysia 29 Jan 2011
JEMPOL 28 Jan. - Umur Suhaidi sudah 10 tahun, tetapi kanak-kanak Orang Asli 
dari suku kaum Semelai dari Kampung Sungai Cherbang di sini masih tidak 
bersekolah.

Kata Suhaidi, dia tidak pernah bersekolah, mahupun memasuki tadika dan mula 
menoreh getah ketika usianya 9 tahun.

Suhaidi adalah antara 112 penduduk yang menetap di kampung berkenaan dan masih 
mengamalkan fahaman animisme dan tidak mempunyai sebarang agama.

Sementara itu, rakan-rakannya, Suhaidi Napsah, Minah, Habsah Samsuri, Shukri 
Sharif dan Reza Amat yang tidak mampu menyatakan umur sebenarnya cuma tersenyum 
dan ketawa apabila diajukan soalan 'satu campur satu berapa?'.

Dengan pantas Minah menjawab, 'satu'. Penulis sekadar mengangguk dan tersenyum 
serta menunjukkan dua jari telunjuk yang disatukan sambil menyebut 'satu campur 
satu, jawapannya dua'.

Menurut Shukri, dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis.

Menurut Reza, sekolah di situ jauh iaitu di Lui Barat dan kalau menaiki 
motosikal perjalanan lebih kurang hampir sejam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
 

JEMPOL 28 Jan. - Penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang di sini tidak 
menolak pendidikan untuk anak-anak mereka supaya menjadi insan berjaya pada 
masa hadapan.

''Di kampung ini, bukan ada kelas tadika kekal seperti di bandar. Kami hidup 
sederhana dan kalau ada yang datang sesekali, mereka akan memberi tunjuk ajar 
pelajaran yang mudah kepada anak-anak kami," katanya kepada Utusan Malaysia di 
Kampung Sungai Cherbang di sini baru-baru ini.

Dia juga menjelaskan, faktor sekolah yang jauh serta kurangnya kehadiran orang 
luar di kampung berkenaan menyebabkan rasa menyendiri di kalangan anak-anak 
mereka begitu menebal.

''Mahu ke klinik di bandar, jaraknya sampai 32 kilometer. Kalau ada anak buah 
yang isterinya mahu bersalin, terpaksalah kami panggil ambulans. Macam mana nak 
bawa naik motor," ujarnya yang mempunyai 12 orang anak yang berusia dari 11 
hingga 38 tahun.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke