Macam-macam cerita mengenai guru KAFA sekarang, khususnya di Negeri Sembilan. 
Ada yang kata elaun patut naik bulan Januari 2011 seperti dijanjikan Perdana 
Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2011 tapi masih belum dapat lagi. 
Ada yang kata belum dapat surat arahan untuk kenaikan elaun. Dalam Bajet kata 
naik RM200, tapi ada laporan kata RM300. Bebanan Guru KAFA semakin bertambah, 
tapi kenaikan elaun masih belum nampak bayang. Adakah ini hanya berlaku di 
N.Sembilan saja? Tak boleh ke mana-mana pihak buat perbandingan elaun Guru-Guru 
KAFA seluruh Malaysia? 

Berapa JAKIM bagi, berapa Kerajaan Negeri bagi, berapa tolak Takaful, berapa 
tolak KWSP dan sebagainya. Takkan tak ada pihak langsung boleh membela nasib 
guru-guru KAFA ni. Apa, nak tunggu lagi satu Pilihanraya Kecil?

Itu belum campur dengan masalah ada Sekolah Kebangsaan di N.Sembilan sukar 
untuk mengadakan Kelas Agama Petang, kerana bilangan murid yang terlalu ramai 
dan padat untuk sesi pagi dan petang kerana sekolah tak cukup, sekolah tak 
siap-siap.

Kisah Guru KAFA belum dapat kenaikan elaun dijanjikan kerajaan BN di  
http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html 

ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA
Utusan Malaysia 12 Jan 2011
Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah 
dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini. Namun apa yang amat dikesali 
oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan 
selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam.

Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan 
kelas diadakan selama lima hari seminggu. Dengan itu, tempoh waktu mengajar 
untuk seminggu adalah 15 jam. Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan 
masa mengajar meningkat lebih sekali ganda. Persoalannya, adakah elaun guru 
KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai. Apa yang nyata elaun itu 
menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini 
jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali 
ganda sejak awal tahun 2011.

Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin 
dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh 
mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.

Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.

GURU KAFA 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke