Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. 
Tak nak dengar cakap. Akhirya atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, 
Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN Malaysia. Ada ke atok 85 tahun kena saman 
ekor bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang 
tak tahu malu?

Warga emas terkejut kena saman
Utusan Malaysia 31 Jan 2011 

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya 
seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu 
melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung 
Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang 
motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai 
tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di 
kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 
kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam 
(kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, 
tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya 
di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama 
dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau 
diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat 
sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui 
cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 
September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu 
selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu 
dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah 
hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai 
Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di 
Kuala Lumpur untuk penjelasan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke