Apa dah jadi dengan pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ni. Pekerja Rendah Awam Cabuk ditindas. Penempatan guru-guru baru bermasalah. Masalah sekolah-sekolah tumpang yang tiada kesudahan. Muhyiddin tak sudi ke nak turun N.Sembilan? Atau nak tunggu Pilihanraya Kecil di N.Sembilan.
Isu Muhyiddin GAGAL Selesai Isu SEKOLAH TUMPANG di http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html PEKERJA SEKOLAH DI N.SEMBILAN TERTINDAS, TIADA PEMBELAAN KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK : Sinar Harian Januari 2011 SEJAK kawasan sekolah di Negeri Sembilan diambil alih oleh pihak swasta, kami diarahkan berpindah. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Cuba anda renungkan, jika sudah jarak dari rumah ke tempat kerja 90 kilometer pergi dan balik. Kemudian, di kiri dan kanan jalan dipenuhi ladang getah serta sawit. Jam 6 pagi sudah keluar menaiki motosikal, jika nasib tidak bernasib baik dan motosikal rosak terpaksalah menolak jauh. Sepatutnya kami berpindah ke tempat yang lebih dekat tetapi diarahkan pula berpindah ke tempat lebih jauh. Pihak tertentu cuba renungkan sejenak nasib pekerja rendah awam seperti kami ini. Inilah slogan yang dilaungkan oleh pemerintah, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Kami pekerja rendah awam tertindas demi menjaga poket pihak korporat yang mendapat tender membersihkan kawasan sekolah. - PEKERJA RENDAH AWAM CABUK http://amkns.blogspot.com/2011/01/pekerja-sekolah-di-nsembilan-tertindas.html PENEMPATAN: GURU GRED 17 KESAL CARA PEGAWAI JPNS Utusan Malaysia 24 Jan 2011 SAYA merupakan salah seorang calon yang berjaya ditempatkan ke dalam perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan telah diarahkan lapor diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Isnin lalu. Apa yang mengecewakan saya ialah sikap pegawai yang mengendalikan kami di JPNS. Sikap yang ditonjolkan kepada kami tidak mencerminkan sikap seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya. ANAK NOGORI, Seremban, Negeri Sembilan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm&arc=hive KESAL TIDAK DITEMPATKAN DI NEGERI SEMBILAN Utusan Malaysia 21 Jan 2011 SAYA merupakan salah seorang calon yang berjaya ditempatkan ke dalam perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan telah diarahkan melapor diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) pada 17 Januari 2011 lalu. Apabila tiba di Putrajaya, pihak KPM sendiri keliru dengan tindakan JPNS yang seakan-akan sambil lewa dengan urusan penempatan kami. Kami begitu kecewa dengan tindakan JPNS menghantar kami keluar sedangkan pihak Putrajaya sendiri telah memberi arahan supaya kami ditempatkan di Negeri Sembilan. Diharapkan tiada unsur 'politik' yang berlaku di JPNS atas ketidakadilan penempatan kami ini. Saya sebagai wakil rakan-rakan yang lain berharap agar para pegawai di JPNS melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah, tanpa mengira status seseorang. Anak Nogori Seremban, Negeri Sembilan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

