InsyaAllah Jawatankuasa Surau Taman Alamanda Senawang akan menyokong usaha ini. 
Kepada sesiapa di sekitar Senawang yang ingin menyumbang buku terpakai yang 
masih dalam keadaan baik dan mengikut topik yang dikehendakki di bawah ini 
boleh letakkan di Surau Taman Alamanda. Sila masukkan dalam kotak atau plastik 
dengan kemas dan tulis, SUMBANGAN BUKU UNTUK INSTITUT PEMULIHAN DADAH DAERAH 
JELEBU. 
            
Buku terpakai untuk banduan 
Sinar Harian 31 Jan 2011 

TITI - Masyarakat setempat dipelawa menyumbang buku terpakai kepada Institut 
Pemulihan Dadah daerah Jelebu dalam membantu pihak berkenaan mendidik banduan 
yang sedang menjalankan proses pemulihan. 

Pengarahnya, Penolong Komosiner Penjara, K. Anathuria, berkata, sumbangan ini 
penting dalam mewujudkan sebuah perpustakaan di dalam institut berkenaan dan 
melengkapkan banduan dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan setelah 
selesai menjalani hukuman.  
“Kini kita mempunyai beberapa koleksi buku, namun ia tidak mencukupi 
terutamanya buku yang berunsur keagamaan, motivasi, psikologi, kepimpinan, 
pengetahuan dan buku yang berbahasa Mandarin dan Tamil. 

“Selain itu, kita telah bekerjasama dengan pihak Perpustakaan Negeri Sembilan 
dalam mempelbagaikan jenis buku di perpustakaan dengan meminjam 200 buku dari 
badan berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Program Hari Keluarga Institusi Pemulihan Dadah 
daerah Jelebu tahun 2010 di padang institusi berkenaan. 

Menurutnya, kewujudan perpustakaan tersebut dapat mengisi masa lapang banduan 
dan mengelakkan mereka dari berkumpul menceritakan perkara negatif sepanjang 
mereka melakukan jenayah. 

“Di samping itu, kita turut mengadakan kelas 3M (membaca, menulis dan Mengira) 
kepada banduan yang buta huruf dan guru tersebut terdiri daripada banduan yang 
terpelajar serta dipantau warden penjara. 

“Oleh itu, saya mempelawa seluruh masyarakat atau ahli keluarga banduan untuk 
menderma buku kepada pihak Institusi Pemulihan dalam mengisi masa lapang pada 
setiap Sabtu dan Ahad. 

“Sebarang keterangan dan sumbangan boleh menghubungi menerusi talian 06-6111224 
atau 06-6111248,” katanya. 
   
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8695106.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke