Undi BN Cuma Naik 332 undi. Majoriti Naik Kerana Pengundi PAS tidak Keluar 
Mengundi Atas Faktor Banjir 





NOTA  EDITOR: Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi  
majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily di  bawah, 
ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian  dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini  tidaklah sangat menggembirakan UMNO 
dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti  BN sepatutnya tidak jauh dari 2008. 


Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat 
dari 2008.

Tulang Besi

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
>Zulkifli Sulong 
>
>LABIS,  31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan  
>raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai  mungkin 
>para 
>penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun  kawasan mereka 
>dilanda 
>banjir.
>
>Pada jam 11 pagi ketika para  pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak 
>di jalan menuju ke  kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas 
>kecemasan kerajaan  bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk 
>membawa 
>bot ke  sana.
>
>Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat 
>bergegas di bawa ke sana.
>
>Namun  usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan,  
>kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan  tradisional 
>Melayu berbanding kawasan Cina.
>
>Hasilnya, BN berjaya  menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 
>peratus iaitu  kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.
>
>Ia  berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu  
>kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi  Cina 
>jatuh 
>18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.
>
>Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 
>peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.
>
>Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 
>6 
>peratus kepada 86 peratus.
>
>Peratusan  ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang 
>dibuat  
>oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.
>
>Undi Cina dan India
>
>Kerana  sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN  
>ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula  
>dengan 
>suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang  untuk 
>meredah 
>banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang  sambutan itu.
>
>Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18  peratus iaitu kepada 54 
>peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk  PAS kekal iaitu 64 peratus.
>
>Peratusan keluar mengundi untuk  Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 
>peratus, Labis Timur 67 peratus  manakala Tenang Station hanya 51 peratus.
>
>Kawasan yang paling  teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi 
>India apabila  hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun 
>sebanyak 23  peratus.
>
>Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk  Mahfuz Omar meminta SPR 
>menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang  tidak boleh kelauar akibat 
>banjir ini.
>
>"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan 
>banjir.
>
>"Pengundi  kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada  
>dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran  
>banjir 
>di kawasan mereka," katanya.
>
>Namun begitu, selepas  pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang 
>juga pengarah  pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima  
>keputusannya buat masa ini.
>
>Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa  sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat 
>terjejas teruk oleh banjir yang  melanda beberapa pusat pengundian di Tenang 
>hari ini.
>
>Kataya,  banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak  
>kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah,  Bandar 
>Labis Timor.
>
>Kejayaan PAS
>
>Namun  begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa  
>perkara 
>termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno  selama ini 
>kononnya 
>PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.
>
>Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba 
>langsung mendekati dan memahami Islam.
>
>"What  is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya)  
>mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua  Soi 
>Lek.
>
>Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman  yang enggan bersalam 
>dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung  tangan untuk membolehkan 
>beliau 
>bersalama dengan mereka.
>
>Ekoran  itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak  
>sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana  penghinaannya 
>itu.
>
>Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  pula menyeru seluruh jentera 
>parti PAS untuk menghilangkan tanggapan  bahawa kawasan Felda dan kampung 
>tradisional merupakan kubu Barisan  Nasional.
>
>“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem  kerana PAS pernah 
>menang 
>di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999,  bilamana PAS menang di kawasan 
>majoriti melayu, ianya termasuk kawasan  Felda,” kata Tuan Ibrahim yang 
>diminta 
>mengulas kegagalan PAS menembusi  kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.
>
>Calon PAS, Normala  Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar 
>Ibrahim dengan  majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah 
>Azahar  memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7  
>peratus.
>
>Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 
>undi sebagaimana yang disasarkan BN.a




________________________________
From: Abdul Rahman Abdul Talib <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Sun, January 30, 2011 1:43:22 PM
Subject: Re: Apa kabar sheikh


Wsalam,

Ana tgh melihat perkembangan PRK Tenang. Ana cadangkan supaya kita kata undi 
Melayu jatuh sebab faktor hujan. Maka, ramai pengundi kita tidak dapat keluar 
mengundi.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Sun, January 30, 2011 11:50:00 AM
Subject: Apa kabar sheikh

Salam enta kat mana skrg masih d  jakarta ke..lama tak jumpa enta..skrg ni ana 
di Tenang sdg bertarung dgn prk dan banjir buruk..harap bagi hp enta sekali 
..jazakallah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Kirim email ke