Amaran Allah melalui banjir besar yang berlaku sekarang di Johor, Melaka, 
N.Sembilan dan Pahang mendedahkan beberapa kelemahan yang telah didedahkan 
sebelum ini , tetapi tiada pihak yang ambil peduli. Laman web JPS telah pun ada 
sistem amaran awal, Menteri tak tengok ke, ada beberapa stesen JPS ni yang tak 
berfungsi?

Pada jam 5 petang 31 Jan 2011 didapati di Johor 4 stesen tak berfungsi, di 
Melaka 3, di Pahang 2, di N.Sembilan 1. Lihat sendiri bacaan ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/01/banjir-amaran-allah-menteri-tak-tengok.html  

Negara kini dilanda banjir besar tapi hanya 5 helikopter Nuri selamat untuk 
terbang menurut satu laporan akhbar menurut artikel berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/11/mana-helikopter-nuri-semasa-banjir.html 


Muhyiddin mahu sistem amaran awal banjir lebih berkesan
31/01/2011 3:15pm

LABIS 31 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap 
agensi-agensi kerajaan akan berbincang bagi mencari kaedah memperkenalkan 
sistem amaran awal banjir yang lebih berkesan.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata 
perbincangan itu perlu diadakan antara pelbagai agensi di peringkat Majlis 
Keselamatan Negara (MKN).

"Sistem amaran awal banjir itu perlu bukan sahaja bagi membolehkan kita 
menjangkakan bencana banjir lebih cepat tetapi memastikan operasi pemindahan 
mangsa banjir dan penggemblengan aset menyelamat menjadi lebih berkesan,” 
katanya selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis 
hari ini.

Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila 
banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di 
sekitar Labis.

Muhyiddin berkata bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang 
dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca 
hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.

Katanya, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan 
kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi 
kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Semalam saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, 
dan meminta beliau melaksanakan segala usaha bagi membantu mangsa-mangsa banjir 
di Johor,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut meminta Menteri Pertahanan Datuk 
Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 
bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata pengalaman Johor ketika berhadapan dengan banjir besar pada 2006 
apabila puluhan ribu rakyat negeri itu menjadi mangsa dan ditempatkan di 
pusat-pusat pemindahan, amat berguna dalam menghadapi bencana banjir kali ini. 
- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke