Malaysia tidak Bantu Rakyat Malaysia Keluar Mesir. Indonesia Hantar Sebuah C-130
Teman saya memberitahu saya sejurus berlaku krisis di Mesir, pemerintah Indonesia telah menghantar sebuah C-130 (lihat gambar) bagi menyelamatkan warga Indonesia yang dianggarkan seramai 6000 orang di Mesir. Warga-warga Indonesia ini kemudiannya dihantar ke negeri-negeri Arab yang berdekatan seperti Dubai dan Kuwait supaya mereka boleh pulang ke Jakarta dengan pesawat-pesawat komersial biasa. Soalan saya adalah: Apa yang Malaysia hantar ke Mesir bagi menyelamatkan warga Malaysia yang dianggarkan dalam 4500- 5000 jiwa? Seorang rakyat Malaysia yang sekarang ini berada di Mesir menghantar email kepada inbox saya. Beliau berkata beliau sedang berusaha sendiri membeli tiket kapalterbang untuk keluar dari Mesir. Sepertinya rakyat Malaysia di Mesir tiada tempat untuk bernaung dan terkonteng-konteng bersendirian menyelamatkan diri mereka. Kalau mengikut kawan saya ini: "kerajaan kata siapa nak keluar kena effort sendiri, including mara. ramai belum dapat tiket unutk keluar within 4 days." Jelas, kerajaan Malaysia tidak mahu membantu rakyat Malaysia keluar dari Mesir. Sedangkan Tentera Udara Malaysia pun ada C-130. Indonesia Boleh!!! Malaysia..........tak tau la Salam, > >Kepada semua yang ada kenalan di egypt, adik di sana tadi inform, najib >announce agypt bagi masa 4 hari unutk rakyat malaysia keluar dari kuwait, >lepas >4 hari stop untuk flight keluar. > >Saya baru dapatkan tiket unutk adik dari alexandria, gulf air unutk esok, >last >seat, qatar airways tinggal 2 seat lagi (sejam lepas). > >flight ke dubai penuh. sesiapa yang nak keluar dari wgypt especially dari >alexandria, filght ke kuwait sti...ll banyak kosong, jazeera airways & kuwait >airways. > >internet di block, sms block, call sahaje boleh, atm tutup dari jumaat, >catuan >makan start dari jumaat. perintah berkurung 2pm-8am. > >beli tiket flight lepas tu bagi no flight pakai call. kerajaan kata siapa >nak >keluar kena effort sendiri, including mara. ramai belum dapat tiket unutk >keluar within 4 days. > >Travel agent kata Britidh airways still ada flight dari alexandri unutk >sekarang. Kalau ikut travel agent inform, kuwait akan akan terus ada flight >ke >egypt sebab ramai srudent kuwait di mseir, orang mesir pun ramai di kuwait, >tapi tak tahu la sampai bile. > > >BR, > > > Tulang Besi ps untuk pengetahuan saudara/ri sekelian, email di atas menyatakan ada pesawat yang terbang dari Alexandria. Jarak dari Kaherah ke Alexandria adalah 2 jam perjalanan dengan kereta. Dalam keadaan yang tidak stabil sekarang, kita boleh kena rompak atau kena bunuh kalau naik kereta ke Alexandria dari Kaherah.

