Berkaitan isu rungutan GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN
BN di
http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html ,
adalah diharapkan Pengarah Jabatan Agama baca hadith berikut dalam Laman Web
JAKIM di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=265
HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
Tajuk : Islam Dan Pekerjaan
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada
pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”
Riwayat Ibn Majah
Huraian
i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim
untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau
perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih
rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam
mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan
kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah
yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang
dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya
menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau
menyelesaikan kerjanya
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu
bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu
pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu
hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi
hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja
tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan
makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” .
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/