Apa susah, orang Melayu yang mengaku Islam BOIKOT saja hotel di Pahang ni, atau 
mana-mana hotel yang berperangai sama. Parti dan persatuan Melayu pun patut 
BOIKOT hotel macam ni. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan mereka. Banyak 
hotel lain, resort lain, homestay lain boleh duduk , boleh kerja.

Sumber dari 
http://pahangdaily.blogspot.com/2011/02/memalukan-jabatan-agama-islam-pahang.html
 

Monday, February 7, 2011
Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan 
The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam 

KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini 
kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina 
agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. 
Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja 
sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini. 

Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu 
beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel 
terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt". 

Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai 
tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik 
hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu). 

Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa 
melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan 
memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata 
mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan 
bertudung" sama sekali. 

Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di 
hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat 
pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. 
Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian. 

Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil 
keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak 
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. 
Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang 
nyata terhadap agama Islam itu sendiri. 

Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk 
merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu 
tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit 
adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang 
terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai 
penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. 
Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat 
dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang 
dipohon itu. 

Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam 
seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu 
oleh penyokong UMNO BN. 

Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang 
diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri 
DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco 
Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini. 

Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka 
hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu 
sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan 
segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya].




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke