Perhatian kepada semua guru KAFA, guru SARA, Guru Sandaran Tidak Terlatih untuk 
sekolah agama di Negeri Sembilan. Berita baik untuk guru tersebut di negeri 
Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Gaji guru KAFA dia orang sekarang 
ialan RM1300 sebulan. WOW, tak terliur dengar berita ini. Kalau nak dapat 
manafaat macam di Selangor sama-samalah kita bekerja keras pastikan kemenangan 
Pakatan Rakyat di N.Sembilan dalam PRU 13 , insyaALLAH.

Sebelum beri apa-apa komen, pergi tanya sendiri mana-mana Guru KAFA, Guru SARA, 
Guru GSTT berapa elaun mereka di Negeri Sembilan.

Jangan lupa baca cerita sebelum ini ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, 
MAKSIAT MAKIN BERLELUASA di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html 

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300  
Harakahdaily     

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak 
RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang 
bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi 
(SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA 
dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. 

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat 
Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

 Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 
buah SRAI seluruh negeri. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada 
sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun 
bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta 
setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya 
dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta 
setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa 
di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke