Rakyat didahulukan untuk jalan kaki, pemimpin diutamakan naik helikopter, naik jet, naik Mercedes. Pengangkutan awam ni tak ada class lah, terutama di Jelebu. Sudikah Rais Yatim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Nak naik bas macamana , bas pun tak ada. Mungkin boleh naik bas maya melalui jalur lebar agaknya.
Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam Sinar Harian 10 Feb 2011 KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas. Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang. Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi. Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital. Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini. “Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. “Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,’’ katanya. Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam. “Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik. “Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,’’ katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp ____________________________________________________________________________________ The fish are biting. Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing. http://searchmarketing.yahoo.com/arp/sponsoredsearch_v2.php ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: islah-net-dig...@yahoogroups.com islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/