Unit Amal Negeri Sembilan yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan Saudara Nazri Esa telah menziarahi Ustaz Hassan Alias Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan yang telah menjalani pembedahan dilutut lebih lima bulan yang lalu.
Saudara Nazri Esa telah melawat Ustaz Hassan di kediamannya di Taman Selaseh, Port Dickson. Walaupun telah empat bulan Ustaz Hassan keluar dari hospital namun beliau belum pulih sepenuhnya, malah beliau perlu bertongkat serta dibantu pergerakannya oleh isteri beliau. Walaupun dalam keadaan yang amat lemah, Ustaz Hassan menyuarakan hasratnya yang menebal untuk kembali mengajar kuliah agama di masjid dan surau sekitar Negeri Sembilan, namun keadaannya pada ketika ini tidak mengizinkan untuk beliau berbuat demikian. Dalam perjumpaan yang singkat tersebut Saudara Nazri Esa telah menghulurkan sumbangan bagi pihak Unit Amal Negeri Sembilan bagi meringankan sedikit beban tanggungan Ustaz Hassan. Kepada mereka yang ingin menziarahi Ustaz Hassan bolehlah menghubungi beliau di talian 019-3597540. Sumbangan juga boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Ustaz Hassan Alias di nombor akaun beliau 05049010006643. Gambar lawatan Saudara Nazri Esa di kediaman Ustaz Hassan Alias pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2011/02/ketua-ulama-pas-nsembilan-beransur.html ____________________________________________________________________________________ 8:00? 8:25? 8:40? Find a flick in no time with the Yahoo! Search movie showtime shortcut. http://tools.search.yahoo.com/shortcuts/#news ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

