Kafe siber, bersepah-sepah sekarang. Ada yang dijadikan pusat judi. Yang rugi 
BANGSA MELAYU REMAJA SEKOLAH LAGI. YANG UNTUNG……. Adakah Pihak Polis dan Pihak 
Penguatkuasa Berkuasa Tempatan TAK NAMPAK? Jangan sampai rakyat, terutamanya 
jemaah surau dan masjid doakan sesuatu untuk mereka ini! BANGKITLAH UMAT ISLAM. 
DOA IALAH SENJATA KITA, TAK PERLU TUNJUK PERASAAN. RAMAI WAKIL RAKYAT YANG DAH 
MATI SEBAGAI BUKTI.

Kisah sebelum ini Senawang Pusat E Judi, MPS, Jabatan Agama tak kerja ke ? di 
http://amkns.blogspot.com/2010/11/senawang-pusat-e-judi-mps-jabatan-agama.html 
            
IKAT PERUT KERANA KAFE SIBER 
Sinar Harian 13 Feb 2011 

SEREMBAN – Kewujudan kafe siber banyak memberi manfaat kepada masyarakat dalam 
menghambat perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi kini agar 
tidak ketinggalan dek arus pembangunan. 

Namun, ia mengundang gegala serius apabila ada dalam kalangan pelajar yang 
menghabiskan masa mereka di kafe siber sebaik sahaja pulang dari sekolah. 

Malah, ada juga yang sanggup mengikat perut semata-mata mahu ke kafe siber 
menggunakan wang perbelanjaan sekolah yang diberi ibu bapa akibat ketagihan 
untuk melayari laman sesawang di Internet seperti permainan video, facebook, 
youtube dan tidak kurang juga melayari laman web lucah. 

Tinjauan Sinar Harian di dua lokasi berbeza di daerah ini mendapati sebaik 
sahaja tepat jam 1.30 petang, kafe siber yang lokasinya berhampiran sekolah 
mula menjadi tumpuan pelajar khususnya lelaki yang akan menanggalkan pakaian 
sekolah mereka terlebih dahulu sebelum memasuki premis berkenaan. 

Manakala pada waktu petang, kafe siber berhampiran kawasan perumahan menjadi 
tumpuan pelajar lingkungan usia 7 tahun hingga 13 tahun untuk bermain permainan 
video Internet antara dua hingga tiga jam. 

Seorang aktivis sosial, Hamidon Abd Samad berkata, kunjungan pelajar ke kafe 
siber kini dilihat sudah menjadi budaya yang boleh mengundang kepada berlakunya 
masalah sosial membimbangkan kerana terpengaruh dengan maklumat yang diperoleh 
menerusi Internet.  
Menurutnya, mereka sanggup menghabiskan masa berjam lamanya dengan melayari 
laman web yang diminati di kafe siber terutamanya ketika cuti sekolah dan 
selepas tamat musim peperiksaan. 

“Kafe siber ini ada pro dan kontranya. Pelajar sekarang perlu tahu menggunakan 
teknologi maklumat yang tersedia hari ini. 

“Apa yang menjadi masalah apabila mereka melayari laman web yang tidak 
berfaedah dan sanggup menghabiskan duit sebegitu sahaja,” katanya. 

Menurutnya lagi, dia pernah bertanya kepada pelajar sekolah mengenai apa yang 
mereka lakukan di kafe siber dan tanpa segan silu mereka menjawab; laman lucah. 

“Pada hari ini semakin ramai golongan mudah ketagih dengan kafe siber dan lebih 
parah lagi apabila mereka menjadikannya sebagai lokasi ketagihan melayari laman 
lucah yang dilihat bersama rakan,” katanya. 

Selain itu katanya, peraturan berkaitan dengan pengawalannya, terutamanya ke 
atas lokasi operasi kafe siber dan penguatkuasaan mesti diperketat dalam 
memastikan gejala sosial dapat dielakkan. 

“Kafe siber tidak seharusnya berada di lokasi yang berdekatan dengan sekolah 
kerana akan menjadi tempat ‘lepak’ para pelajar sebelum pulang ke rumah. 

“Memanglah jika kafe siber tiada berhampiran sekolah mereka boleh pergi ke 
tempat lain. Tapi sekurangnya inilah usaha kita untuk mengekang kepada 
berlakunya masalah sosial yang kadang-kala dil uar jangkaan,” katanya. 

Seorang pemilik kafe siber, Amer Hanafie mengakui sememangnya rata-rata yang 
mereka mengunjungi premisnya terdiri daripada golongan muda yang tinggal di 
kawasan berhampiran. 

Menurutnya, kehadiran mereka kebiasaannya mahu bermain permainan video menerusi 
Internet dalam jangka waktu satu atau dua jam. 

“Ada juga yang bermain permainan video ini sehingga empat jam tanpa henti dan 
ada juga yang sudah pulang tetapi datang kembali kerana masih tidak puas 
melayari permainan video Internet. 

“Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkan mereka yang berpakaian sekolah 
masuk ke sini kerana ia adalah arahan pihak berkuasa yang perlu dipatuhi,” 
katanya. 

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, Sinar Harian turut bertanya seorang 
pengunjung remaja yang dilihat leka bermain permainan video Internet. 

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 16, berkata, dia sanggup 
tidak makan tengah hari semata-mata mahu menjimatkan wang perbelanjaan sekolah 
untuk bermain permainan video Internet di kafe siber. 

“Saya menghabiskan hampir RM5 sehari untuk melayari Internet selepas waktu 
persekolahan dan sudah menjadi rutin saya ke sini dengan kawan. 

“Sekiranya pulang lewat pulang ke rumah, saya memberitahu ibu bapa adanya kelas 
tambahan dan aktiviti kokurikulum di sekolah,” katanya. 

Warga emas, Abd Khalid Mohd, 62, berkata, ibu bapa sepatutnya bersikap lebih 
prihatin dengan memantau aktiviti anak mereka di kafe siber dan bukannya 
memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka. 

Menurutnya, dalam keadaan persekitaran hari ini yang semakin mencabar, pelbagai 
kemungkinan boleh berlaku yang kadang-kala di luar pemikiran. 

“Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gegala sosial ini dan salah satunya 
dengan kewujudan Internet tambahan pula kini di mana-mana sahaja kita boleh 
melayari Internet sama ada di kafe siber, rumah mahupun melalui telefon bimbit. 

“Oleh sebab itu ibu bapa berperanan penting untuk mengawal aktiviti anak. Kita 
tidak boleh mengubah keadaan persekitaran, tetapi kita yang perlu mengubah 
corak dalam mendidik anak,” katanya.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8751748.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke