Kemtian wakil rakyat di Malaysia ini memberi mesej jelas kepada pemimpin 
negara. Doa rakyat yang dizalimi, kesusahan, derita akan diperkenankan Allah, 
walaupun yang berdoa tadi orang Hindu, orang Budha, orang Kristian. Oleh itu 
serulah kepada rakyat agar jangan doakan wakil rakyat mati.

Artikel sebelum ini , Tolonglah, janganlah doakan wakil rakyat kita mati di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/tolonglah-janganlah-doakan-wakil-rakyat.html 

DOA ORANG MAZHLUM ADALAH MUSTAZAB 

TUTONG, Sabtu, 25 April. - Dalam masyarakat, ada orang baik-baik dengan 
kebaikannya dan ada orang jahat dengan kejahatannya, kemudian ada pula orang 
baik yang kadang-kadang menjadi mangsa kepada orang jahat dan orang jahat yang 
binasa atau hina kerana kejahatannya.

Agama Islam menghendaki semua orang menjadi baik, agama Islam mau semuanya 
penganut-penganutnya adalah baik-baik belaka, dilarang sama sekali jadi orang 
jahat, kerana orang jahat biasanya bukan sahaja merugikan dirinya sendiri 
tetapi juga menjejaskan orang lain, sebab itu dilarang keras oleh Islam iaitu 
jangan sekali-kali membuat jahat, orang yang terjejas kerana kejahatan 
seseorang dipanggil dia Mazhlum, yang bererti orang yang teraniaya.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia 
(Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan perkara tersebut ketika 
menyampaikan kuliah 'Bagaimana Doa Mustazab Menimpa Sasarannya' semasa Kuliah 
Bersama Mufti di Masjid Kampong Sinaut.

Bagi orang yang ditimpa kezaliman atau yang dizalimi katanya, akan dibekalkan 
oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan satu senjata luar biasa, bukan sebarang 
senjata, tetapi senjata luar biasa,iaitu doa.

Seseorang yang dizalimi atau dianiaya tambah Yang Berhormat, adalah berhak 
untuk menggunakan senjata luar biasa bernama 'Da’wah al-Mazhlum' iaitu doa 
orang yang teraniaya. 

Peringatan Yang Berhormat mengenai senjata ini, apabila seseorang yang dizalimi 
menggunakan senjata ini pasti akan berhasil menepati sasarannya. 

“Senjata itu amat berbahaya dan amat tajam serta jangan dipandang ringan kerana 
orang Mazhlum doanya mustajab dan tiada dinding doanya dengan Allah,” terangnya.

Orang yang teraniaya jelasnya, adalah orang yang disakiti atau dianiaya iaitu 
dengan bermacam-macam keadaan dan bahasa yang tepat bagi menjelaskan orang 
Mazhlum ialah orang dizalimi dengan berbagai-bagai cara seperti dikhianati, 
ditipu, dibohongi, difitnah, diracun, disihir dan sebagainya termasuk 
menganiaya keluarganya.

Yang Berhormat mengulangi dalam kuliahnya menyatakan, doa adalah senjata orang 
mukmin dan doa orang Mazhlum adalah mustajab dan amat tajam.

Mengenai perkara kezaliman dan doa orang Mazhlum tersebut, Yang Berhormat 
menjelaskan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Nabi pembawa 
rahmat telah mengingatkan dan memberi amaran kepada kita mengenai bahaya doa 
orang 'Mazhlum' dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Takutlah kamu akan doa 
orang yang Mazhlum (yang teraniaya) sekalipun dia itu orang kafir, kerana doa 
orang Mazhlum itu mustajab, sesungguhnya tiada dinding di antara doanya dengan 
Allah.”

Sumber : http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/26apr/berita13.htm 

WASPADA DOA ORANG YANG TERANIAYA

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang 
sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan 
beberapa pesan, di antaranya adalah, “Beritahukanlah mereka bahwa Allah 
mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka 
dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu 
dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan 
takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak 
ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang 
yang teraniya,  agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena  doa 
mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. 
Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari 
makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam 
Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

Sumber : 
http://www.wahdah.or.id/wis/index.php?option=com_content&task=view&id=2414&Itemid=194
 

TUHAN TIDAK MELUPAI PERBUATAN SI ZALIM

Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Bahkan sebahagian mereka 
tidak mengenali pun siapakah mangsa mereka. Ketika mereka bergolek dalam 
keseronokan, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Lihatlah 
berapa ramai pemaju perumahan yang berarak ke sana sini sedangkan 
pembeli-pembeli rumah yang ditipu atau terbengkalai terus menderita dek 
penipuan tersebut. Mungkin mereka tidak kenal pun bagaimanakah rupa si pemaju 
dan si pemaju pun tidak kenal rupa mereka. Namun Allah tidak pernah lalai dan 
alpa atas apa yang dilakukan. 

Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
  



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke