HATI-HATILAH
Hatilah-hatilah
Berbicara tentang kuasa
Halal dan haram jangan dilupa
Jangan sampai tak merasa syurga
Kerana tersasul sepatah dua
Hati-hatilah
Berkata pahala dan dosa
Kalau yang empunya diri dua kali lima sahaja
Hanya menambah fitnah kepada agama
Mengata dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih
Sampai bila yang keruh nak jadi jernih?
Hati-hatilah
Buat baik berpada-pada
Buat jahat sekalipun jangan
Yang mungkar usah dicuba
Yang makruf mari teruskan
Hati-hatilah
Dengan manusia mabuk kuasa
Agar tidak tergadai semua
Hati-hatilah
Jangan nafsu menguasai diri
Kalau wujud dua pilihan yang kontrari
Taatilah Ulil Amri
Selagi syariat diikuti
Hati-hatilah
Dunia ini hanya sementara
Carilah bekal untuk ke sana
Halalnya dihisab
Haramnya diazab
Hati-hatilah
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/