Laman portal Freemalaysiatoday pada 16 Feb 2011 melaporkan seorang pelatih PLKN 
dari Melaka meninggal dunia akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak 
hospital seorang. Sementara akhbar The Star 17 Feb 2011 melaporkan dua orang 
pelatih PLKN meninggal dunia dalam tempoh 4 hari, manakala seorang lagi masih 
koma. Perkara ini perlu pehatian serius semua pihak, terutama ibu bapa pelatih 
PLKN.


Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian
February 16, 2011 
Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN 
meninggal dunia.

KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem 
Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat 
kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.

Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama 
keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 
pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas 
dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.

“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat 
perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.

“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan 
telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk 
menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem 
Wawasan Ovai, Papar.

Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu 
perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan 
daripada doktor melalui telefon.

“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon 
untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili 
diberi ubat tahan sakit.

“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan 
kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang 
membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.

Mengadu sakit 

Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah 
salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem 
tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.

“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh 
jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari 
Sabtu dan Ahad,” tegasnya.

Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit 
kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.

“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya 
sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.

Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini 
untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.

Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di 
ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.

Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira 
jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat 
ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang 
hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta 
rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan 
melalui telefon daripada seorang doktor.

“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak 
hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/16/pelatih-plkn-meninggal-dunia-akibat-kecuaian/
 

Thursday February 17, 2011
Two NS trainees die of illnesses, another still in coma

KUALA LUMPUR: Two National Service trainees died in the past four days of 
different causes and at separate hospitals.

Mohamad Zulhaili Noraihan, 17, died of meningoencephalitis (bacterial infection 
of the brain) at the Queen Elizabeth Hospital on Tuesday. The Kuala Lumpur boy 
had reported for training at the Wawasan Papar camp in Sabah on Jan 2.

A medical form prior to his entry to the camp had stated that he was being 
treated for nephrotic syndrome and that he suffered from gastric and kidney 
problems and had previously suffered from head injuries.

“He was treated initially at a clinic at the camp on Jan 24 for a pain in the 
ear and also on Feb 10 for fever and headache,” said NS Department 
director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil last night.

He said the boy was then referred to Papar district hospital when his headache 
did not ease off, adding that he was subsequently sent to the Queen Elizabeth 
Hospital.

Apparently, he had developed fever after swimming with friends in a pond at the 
camp.

In another case, Fatini Aqilah Fadhil died of neutropenic sepsis (leukaemia) at 
the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh last Sunday.

Fatini, 17, was based at the Chenderiang camp in Tapah starting Jan 2.

“She was given a Chinese New Year break like other trainees from Feb 2 to Feb 
6,” Abdul Hadi said.

However, the girl was admitted to the intensive care unit at Taiping Hospital 
on Feb 7.

At the PDS Resort camp in Port Dickson, where NS trainee A. Tamilarasi fell 
into a coma due to high fever, spokesman Mej Mohd Rafee Zain said the 
authorities did not refer her to the hospital as her condition had not been 
serious.

“She was still able to attend all the programmes. Our medical staff examined 
her thoroughly to ensure she was able to undergo training,” he said, adding 
that the camp authorities were not negligent in not referring her to a 
government clinic or hospital.

“We always have medical officers who examine trainees showing signs of being 
ill. When she was here, her condition was not serious enough to warrant her 
being sent for treatment outside the camp,” he said.

Tamilarasi is fighting for her life at the Tuanku Ja’afar Hospital intensive 
care unit where she has been warded since Feb 8.

Mej Mohd Rafee said that when Tamilarasi did not return to the camp after the 
five-day break on Feb 7, the camp authorities called her father who said a 
private clinic had given her seven days’ medical leave. She slipped into a coma 
the next day.

Yesterday, Tamilarasi’s father K. Anandan, 39, said doctors had told him that 
the girl might require dialysis and minor surgeries.

“They (doctors) are almost certain that she must have contracted an illness 
during training,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/17/nation/8083220&sec=nation
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke