Tertarik dengan keluhan penduduk Kg Seri Kendong di bawah ini akan sikap 
segelintir pemilik tanah yang membiarkan tanah mereka semak samun menjadi 
hutan. Keluarga saya pun mempunyai tanah di sini. Pada mulanya memang semak 
samun kerana terlalu banyak nama dalam satu geran. Akhirnya bila nama tersebut 
disatukan dengan persetujuan jual beli maka dapatlah tanah tersebut dijaga. 
Istimewa Kg Seri Kendong ini ianya kawasan yang strategik dan menarik.

Berhampiran dengan tol Simpang Empat, Alor Gajah dan terkenal dengan deretan 
gerai lemang Kendong. Ianya berlatar belakangkan keindahan bukit bukau. Tanah 
di Seri Kendong ini bukanlah tanah adat, ianya adalah tanah Rizab Melayu di 
mana urusan jual beli adalah mudah serta mempunyai nilai yang tinggi berbanding 
dengan tanah adat.

Anggaplah mengusahakan tanah ini sebagai amanah dan ibadah, insyaAllah semua 
akan mendapat manafaat.

Bersama kita bangunkan Rembau dan Negeri Sembilan.

Artikel saya sebelum ini Pembangunan Tanah Adat Perpatih untuk Perumahan Rakyat 
di http://waghih.blogspot.com/2010/12/pembangunan-tanah-adat-perpatih-utk.html 

Saksikan keindahan Kg Seri Kendong pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/02/istimewa-untuk-orang-kendong-kota.html

Pemilik gagal bangunkan tanah 
Sinar Harian 18 Feb 2011 

KENDONG - Kegagalan segelintir pemilik tanah membangunkan tanah anugerah yang 
diberikan kerajaan selepas merdeka menyebabkan tanah itu ditumbuhi semak-samun 
dan menjadi hutan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Kendong, 
Bahari Thani berkata, kebanyakan tanah anugerah yang diberikan telah dimajukan 
dengan membina kediaman dan projek tanaman. 

Menurutnya, pihak JKKK sering mendengar rungutan penduduk setempat mengenai 
tanah anugerah terbiar yang berada di tengah-tengah kampung menimbulkan masalah 
kepada mereka. 

“Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran berasa bimbang mengenai 
keselamatan mereka dengan kehadiran binatang buas dan berbisa seperti babi 
hutan serta ular,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Malah Bahari berkata, lebih membimbangkan apabila penduduk pernah terserempak 
dengan babi hutan ketika dalam perjalanan ke masjid pada waktu Subuh, selain 
terlibat dalam kemalangan apabila melanggar babi hutan yang berkeliaran mencari 
makanan. 

“Binatang ini bukan sahaja mencari makanan di kawasan hutan, tetapi habis ayam 
dan kambing penduduk turut menjadi mangsa. Penduduk di sini bimbang jika 
perkara ini berterusan akan menyukarkan mereka untuk menternak,” katanya. 

Menurutnya, pihak berkenaan diharapkan dapat membuat operasi mengemas kini 
status tanah anugerah bagi memastikan semua tanah dibangunkan dengan betul dan 
mengenal pasti pemilik tanah. 

“Saya juga berharap masalah ini dapat ditangani segera kerana perkara ini sudah 
lama dibangkitkan penduduk dan mereka mahukan penyelesaian berhubung masalah 
babi hutan dan tanah anugerah berkenaan,” katanya.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8767377.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke