Apakah Najib sekadar pandai berjanji kosong tetapi tidak pandai untuk 
menunaikannya? Janji bukan kepada orang kampung, orang Felda, tetapi kepada 
veteran tentera Malaysia yang telah banyak berkorban jiwa dan raga, yang telah 
banyak berjasa juga melalui undi pos. Inikah balasan yang mereka terima, 
harapan demi harapan dari janji-janji kosong? Apakah Malaysia boleh jadi macam 
Mesir di mana tentera bersama rakyat?

Artikel sebelum ini : Najib mungkir janji Veteran Tentera, ada pihak Sabotaj 
PM? Di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/najib-mungkir-janji-veteran-tentera-ada.html 

EX-GRATIA TENTERA CACAT BERTEMPUR BELUM DIBAYAR
Utusan Malaysia 22 Feb 2011 

SAYA mengimbas janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 
perhimpunan Raksaksa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra 
Bukit Jalil pada tanggal 10 Oktober 2010. 

Perdana Menteri telah membuat pengumuman meluluskan bayaran ex-gratia kepada 
anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 
akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana amat prihatin dengan penderitaan 
yang kami alami.

Setelah anggota tercedera dalam pertempuran sebelum 1994 tidak diberikan 
layanan yang sama seperti anggota yang cedera selepas 1994 oleh Jabatan 
Perkhidmatan Awam (JPA), kami merasakan JPA telah membuat satu kesilapan besar.

Umum mengetahui kecederaan yang dialami dan penderitaan yang kami tanggung 
adalah berbeza sama sekali. Kumpulan kami yang mendapat kecederaan sebelum 1994 
adalah disebabkan angkara pengganas komunis, sedangkan anggota yang cedera 
selepas 1994 kebanyakan disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Mereka ini telah pun menerima dan menikmati pembayaran yang telah diluluskan 
oleh kerajaan. Kami masih lagi setia menanti apa yang telah dijanjikan.

Apabila pengumuman kelulusan telah diberikan oleh Perdana Menteri sudah 
semestinya pihak yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan ialah 
Kementerian Kewangan.

Para pegawai Kementerian Kewangan harus segera menyediakan peruntukan kewangan 
yang mencukupi seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pertahanan agar dapat 
disalurkan dan diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan 
Tentera Malaysia untuk dibuat pembayaran kepada mereka yang berhak menerimanya.

Semestinya dengan janji Perdana Menteri akan segera menyelesaikan pembayaran 
ex-gratia dalam masa terdekat, diam tak diam sudah hampir lima bulan berlalu 
hingga ke hari ini, hasilnya belum kelihatan lagi.

Dari sumber yang kami peroleh, pihak Kementerian Pertahanan sudah menghantar 
permohonan ke Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan kewangan bagi 
pembayaran ex-gratia sejak bulan November 2010.

Untuk pengetahuan, kebanyakan kami sudah meniti usia emas, tidak kurang juga 
semakin uzur kesihatannya.

Sekali lagi kami menyeru dan mengharapkan kepada para pegawai dan kakitangan 
awam di Kementerian Kewangan yang telah diberi amanah dan kepercayaan untuk 
mengurus tadbir urusan kewangan negara, segerakanlah permohonan yang 
dimaksudkan agar dapat dinikmati dan digunakan sebagai keperluan harian. 
Tahukan anda penantian itu satu penyiksaan, lebih lagi bagi kami yang cacat 
anggota badan.

PEGAWAI WARAN DUA
Veteran OKU sebelum 1994
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
 


MANA KADAR BARU KHAIRAT KEMATIAN
Utusan Malaysia 5 Feb 2011

SAYA ingin merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
semasa berucap sempena perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia 
(PBTM) di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010.
VETERAN HILANG UPAYA
Ipoh, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm
 

BEKAS TENTERA JUMPA NAJIB BELUM DAPAT ELAUN
Utusan Malaysia 25 Okt 2010
SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa 
yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan 
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah 
menaiki LRT dari Stesen Sentul.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
 

PM UMUM INSENTIF BARU UNTUK BEKAS TENTERA
BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat 
kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 
kepada RM3,000.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive
 

BEKAS TENTERA BAKAL TERIMA DUA INSENTIF
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini 
mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas 
anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan 
keamanan negara.
Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada 
RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke