Harakahdaily. SEREMBAN, 24 Feb 2011: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini 
mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak 
RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat 
yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa 
pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu 
memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau 
melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam 
daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun 
lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua 
pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong 
bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada 
mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin 
manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim 
adalah Puan Rosnani

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31033:mahkamah-arah-adun-lenggeng-bayar-rm18000&catid=1:utama&Itemid=50
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke