ADUN Johol sakit sehinggakan EXCO N.Sembilan ganti tugas beliau di DUN Johol 
ketika ini. Marilah kita doakan agar ADUN Johol cepat sembuh. Dah letih dah , 
satu demi satu pilihanraya kecil ni. Habis duit rakyat kat satu-satu kawasan ni 
bila ada pilihanraya kecil ni. Sudah-sudahlah tu menjanjikan macam-macam projek 
bila ada pilihanraya kecil. 


Dilantik membantu wakil rakyat 
Sinar Harian 25 Feb 2011 

JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang 
sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap 
diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang 
juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat 
di situ. 

Setelah memegang jawatan selama tiga minggu, beliau turun padang bertemu dengan 
masyarakat di samping meninjau masalah di kawasan itu. 

Difahamkan, beliau akan berjumpa penduduk kawasan Johol, pada setiap Jumaat di 
Pusat Khidmat DUN Johol. 

Abd Samad berkata, pemilihan beliau membantu wakil rakyat Johol buat sementara 
waktu atas arahan daripada Menteri Besar (MB), Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Menurutnya, beliau menerima amanah itu dengan rasa tanggungjawab bagi membantu 
ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof yang kurang sihat. 

“Apabila beliau sudah pulih, jawatan ini akan digalas semula beliau. 

“Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Itulah yang perlu kita lakukan 
sebagai rakan seperjuangan dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN), jika 
seseorang wakil rakyat ditimpa musibah, kita cuba sedaya upaya membantu,” 
katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penyampaian bantuan elaun 
bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Balairaya Padang Jual, Johol. 

Pada majlis itu, seramai 457 orang penerima elaun berkenaan melibatkan sembilan 
tempat. 

Abd Samad berkata, melalui dasar sistem jaringan keselamatan sosial, rakyat di 
Negeri Sembilan akan terbela kerana sistem itu berhubung kait dengan agensi 
yang terlibat. 

“Kita akan mengutamakan mereka yang amat memerlukan kerana ini adalah 
tanggungjawab untuk membantu masyarakat. 

“Seiring dengan jaringan sosial yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk 
mengatasi masalah kemiskinan rakyat terutama di luar bandar, saya akan berusaha 
mencari golongan miskin untuk dibantu,” katanya. 

Katanya, sistem itu bertujuan mengagihkan pendapatan dan sumber kepada golongan 
memerlukan bagi membantu mengatasi kemiskinan dalam jangka masa pendek. 

“Sistem ini akan terus diperluaskan untuk kebaikan rakyat, namun mereka juga 
perlu bekerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing. 

“Dengan bantuan JKM dan pihak berkaitan, Insya-Allah, golongan miskin di sini 
akan terbela termasuk masyarakat daripada bangsa lain. Pihak kerajaan tidak 
menyisihkan mereka malah, kita turut sama membantu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8801335.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke