Saya menerima surat dari Pejabat Kesihatan Seremban bertarikh 1 Mac 2011 dengan 
No Rujukan Bil (25)PKS 51/508/1 Jld 4 yang menyatakan terdapat beberapa taman 
perumahan di Senawang kini adalah lokaliti wabak Denggi dan potensi wabak 
Denggi. Antaranya ialah Taman Satria dan Taman Alamanda.

Justeru itu adalah diharapkan semua penduduk di Senawang ini agar menjaga 
kebersihan dalam rumah, halaman luar rumah serta longkang.

Diharapkan juga agar Pejabat Kesihatan Seremban supaya memberi amaran ini bukan 
hanya melalui surat yang selalunya ramai yang tidak tahu, tetapi mengeluarkan 
amaran melalui akhbar, radio dan televisyen. Jika tidak rakyat akan mengambil 
sikap sambil lewa untuk menjaga kebersihan rumah, halaman rumah dan kawasan 
perumahan mereka sendiri. Rakyat disibukkan dengan kempen pilihanraya di 
Merlimau dan Kerdau dalam TV, di akhbar dan radio, mereka tak tahu pun ada BALA 
Denggi di kawasan perumahan mereka.

Nak harapkan peringatan melalui Blog saya di http://waghih.blogspot.com , tak 
ramai yang baca.

Diharapkan juga pihak Majlis Perbandaran Seremban mengambil tindakan yang lebih 
serius terhadap pembuangan sampah haram di tepi jalan, di kawasan perumahan 
oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak aduan telah dibuat, namun tindakan pro 
aktif tidak dilakukan seperti meletak penghadang besi untuk mencegah pembuangan 
sampah haram ini.

Diharapkan juga pihak Majlis Perbandaran Seremban lebih bersungguh-sungguh 
mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang membiarkan rumah mereka tidak 
berpenghuni, penuh semak samun, lalang dan pokok , mengenakan saman, menyita, 
mengambil tindakan mahkamah dan sebagainya.

Pihak Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran , Janganlah mengharapkan gotong 
royong dari penduduk semata-mata , kerana sukar untuk mengumpulkan penduduk 
pada satu-satu masa, kerana kebanyakan mereka sibuk mencari rezeki nak bayar 
saman ekor, bayar bil elektrik, bil air, bil IWK, cukai tanah, cukai pintu, 
yuran sekolah dan macam-macam lagi.

Kalau buat gotong royong, muka 2 – 3 kerat tu sahaja yang datang. Kalau nak 
ramai kerahkanlah Pelatih PLKN untuk gotong royong.



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke