Memanglah sedih, sebab tak cantik dan tak banyak maklumat di laman web atau 
Blog Usahawan Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com . Tapi apa 
boleh buat, saya bukanlah pakar dalam rekabentuk Blog atau laman web, dan saya 
tiada kakitangan lain, macam Lone Ranger lah katakan. Tetapi menjadi hasrat 
saya untuk melihat satu laman web yang dapat mengumpulkan semua maklumat 
usahawan di Negeri Sembilan ini yang dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada 
usahawan tetapi juga kepada pengguna.

Iklan di http://usahawann9.blogspot.com dan di Blog peribadi saya di 
http://waghih.blogspot.com  adalah percuma dan dikemaskini mengikut kelapangan 
saya. Tiada syarat kepada sesiapa untuk mengiklankan perkhidmatan atau 
perniagaan mereka, samada mereka mesti ahli parti politik tertentu, ahli NGO 
tertentu dan sebagainya, asalkan usahawan.

Menjadi harapan saya agensi yang lebih besar dan mempunyai lebih banyak sumber 
tenaga manusia, kepakaran dan kewangan dapat mengumpulkan maklumat sebanyak 
mungkin usahawan seluruh Negeri Sembilan ini. Agensi tersebut adalah seperti 
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau mungkin MARA Negeri Sembilan atau 
mungkin FAMA, mungkin Dewan Perniagaan Melayu N.Sembilan, mungkin Persatuan 
Penjaja Negeri Sembilan, mungkin Persatuan Kontraktor, Pejabat Menteri Besar 
Negeri Sembilan, Menteri Besar Incorporated, PKNNS, UDA dan seterusnya.

Oleh kerana tidak ada agensi tersebut yang dapat menyatupadukan semua usahawan 
Negeri Sembilan, apa boleh buat , iklankanlah dulu di Blog Usahawan Negeri 
Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com dan di Blog peribadi saya di 
http://waghih.blogspot.com 

Cuba tanya kalau kita di Rembau mana nak cari kedai komputer usahawan kita? 
Kalau kita di Tampin mana nak cari kedai baiki kereta usahawan kita? Kalau kita 
di Gemencheh mana nak cari kedai elektrik usahawan kita? Kalau kita di FELDA 
Palong mana nak cari kedai tayar usahawan kita? Begitulah seterusnya.

Semoga ALLAH menjadikan Negeri Sembilan ini negeri yang aman, makmur dan 
sejahtera, dan rakyatnya , rakyat yang beriman kepada ALLAH. 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke