90/10 Principle in Action!by Omar Yaakob on Saturday, March 5, 2011 at 
10:16pmTret-tet-tret-tet-tret-tet.... Deringan telefon bimbit memecah 
keheningan pagi Rabu. Dengan mata yang berat Budin menggapai telefon di sisi 
katilnya dan menekan butang SNOOZE.
 “Ah.. baru 6.15, awal lagi’, dia memujuk dirinya. Selimut ditarik. Mata
 dipejam. Sebenarnya dia baru saja melabuhkan badannya kira-kira 3.30 
pagi tadi, selepas pulang dari Restoran Ayubiah menonton Manchester 
United melawan Barcelona. Entah berapa kali telefon berdering, entah berapa 
kali pula butang SNOOZE ditekan. Tret-tet-tret-tet-tret-tet.... 
 ” Hah?  dah 7.30?”, Budin tersentak. Dia  melompat bangun, mencapai 
tuala dan terus ke bilik air. Dia mesti pergi kelas Kimia 
pukul 8. Dia wajib pergi. Dia sudah berkali-kali ponteng kelas ini.  
Minggu lepas Prof Batrisya sudah memberi amaran dia akan dilarang 
mengambil peperiksaan akhir sekiranya dia dia ponteng kelas lagi. Dia
 bergegas memakai baju mencapai beg dan berlari-lari anak ke tempat 
menunggu bas. Kolej kediamannya jauh dari Dewan kuliah, oleh itu Budin 
perlu menaiki bas. Malangnya, bas baru saja berlepas. Setelah 15  minit 
menunggu, barulah bas yang seterusnya tiba. Budin 
melangkah masuk ke Dewan kuliah melalui pintu belakang. Profesor 
Batrisya yang sedang mengajar menilik jam tangannya dan kemudian melirik
 ke arahnya. “Budin! Why are you so late?”.  “ Sorry Prof, terlepas 
bas.”, jawab  Budin,   “ bas tu memang  tak patut Prof, dia tak tunggu 
saya tadi”. “Awak yang patut tunggu bas, bukan bas tunggu awak!”, tegas 
Profesor Batrisya sambil menyuruhnya duduk  dan  memberi amaran terakhir
 kepadanya supaya tidak lewat lagi.  Dalam perjalanan ke 
kelas Matematik pada pukul 9 pagi, Budin melihat kawan-kawannya dari 
kelas lain sedang berborak di Cafeteria Mak Abah untuk sarapan. 
Mengenangkan perutnya juga berkeroncong dan dia mengidam sarapan nasi 
lemak ayam yang sangat enak di Cafeteria  Mak Abah, dia pun duduk 
tumpang sekaki. Sambil makan, mereka bersembang mengenai perlawanan 
malam tadi, bagaimana MU boleh tewas tipis 1-2  ke atas Barcelona, 
bagaimana Alex Ferguson Pengurus MU telah di’buang padang’  oleh 
pengadil kerana membantah  sepakan penalti dan pelbagai hal lagi. Sementara
 itu, di kelas  Matematik, Dr. Haziq  sedang mengedarkan kertas tugasan 3
 dan mengumumkan ujian kedua yang akan diadakan pada 8.00 malam hari  
Selasa depan.---- Menjelang maghrib  pada hari 
Selasa minggu berikutnya, Budin dan kawan-kawannya sedang melepak di 
Restoran Ayubiah apabila telefonnya berdering. “Budin, malam ni Test 2 
Matematik la, pukul 8 ni!”, suara Dol tercungap-cungap di talian.  “Hah?
 Bior betul!”, letus Budin, “ Teruknya Dr. Haziq ni, kok ia pun nak buat
 test, khabar lah awal-awal. Cakap last minit macam ni, mana sempat nak 
prepare. Apalah punya Lecturer!, malas lah aku nak pergi. Tengok bola 
lagi best!”.   Keesokan harinya, Budin bangun lewat lagi. Oleh 
kerana dia telah diberi amaran terakhir supaya jangan lewat, Budin 
memilih untuk tidak hadir ke kelas  Profesor Batrisya. Sebaliknya dia ke
 kafeteria Mak Abah untuk menikmati menu kegemarannya.  Pukul 9 pagi 
Budin bergegas ke kelas   Matematik.  Ketika  Budin melangkah masuk ke 
kelas, Dr Haziq sedang memberi arahan kepada kelasnya,  “ sila kumpulkan
 tugasan 3 yang saya beri minggu lepas dan hantar ke depan!” Budin menggaru 
kepala yang tidak gatal.  “Tugasan? Tugasan apa pulak ni?” The 
End----------------------------------------------------------------------------------------------------Komentar:  Kebanyakan
 daripada apa      yang terjadi pada Budin  terhasil      akibat tindakan dan 
pilihan Budin sendiri. Kita
 membuat  pelbagai keputusan dan pilihan sepanjang      kehidupan 
seharian kita. Keputusan/pilihan atau rentetan keputusan/pilihan      
ini memberi kesan yang mendalam       kepada kehidupan kita seterusnya. Terdapat
 perkara yang di      luar kawalan kita tetapi banyak perkara juga 
berada di dalam kawalan kita.      Uruskan dan buat keputusan terbaik 
bagi perkara di dalam kawalan kita dengan      mengambilkira  apa yang 
di luar      kawalan kita. Untuk renungan dan tips motivasi lain sila:
http://www.facebook.com/pages/DrOY/156852454370054?sk=info#!/pages/DrOY/156852454370054?sk=wall




      

Kirim email ke