Utusan Malaysia 7 Mac 2011 

ISU SAMAN EKOR

MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan 
Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak 
boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan 
di mahkamah. 

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 
Perlembagaan. 

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu 
kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa 
menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik 
kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen 
memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak 
boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin 
dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah 
bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya 
adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa 
sehingga mereka wajib membayar denda? 

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan 
undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan 
undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. 

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di 
mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan 
hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu. 

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. 
Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman 
diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan 
keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah. 

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan 
atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi 
saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka 
akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah 
selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman 
itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman 
itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu 
sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis 
kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu 
melebihi had laju. 

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku 
melakukan kesalahan. 

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali 
dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak 
perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar 
kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab 
tuduhan memandu melebihi had laju. 

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang 
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke