10 Mac 2011 - Air sungai yang berbau busuk dan berwarna hitam pekat nyata
menjejaskan serta mencemarkan kawasan sekitar, di Port Dickson. Fenomena itu
dapat dilihat dengan jelas di Pantai Avillion Admiral Cove Batu 6, Port
Dickson. Seorang peserta Malaysia My Second Home, Paul, 53, yang menetap di
sebuah apartmen paling hampir dengan sungai terbabit, melahirkan rasa kecewa
berhubung masalah pencemaran yang sudah lama berlarutan.
Menurutnya, dia tertanya-tanya bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas pandang
berhubung perkara itu sehingga sungai berkenaan dilanda pencemaran teruk.
"Air dari sungai ini hitam dan ia berlarutan sekian lama, malah semakin teruk
sejak beberapa bulan lalu.
"Airnya turut berbau busuk dan mengalir ke laut mencemarkan kawasan pantai,"
katanya.
Menurutnya, bau busuk dari sungai yang tercemar itu turut mengganggu
kehidupannya.
"Saya berasa tidak selesa di sini. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana
Port Dickson adalah kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pengunjung
tempatan dan luar," katanya.
Paul yang mula menetap di Port Dickson di bawah program Malaysia My Second Home
sejak Februari 2003 menggesa agar tindakan segera dapat dilaksanakan bagi
memulihara semula sungai dan mengelakkan pantai serta laut tercemar.
Sementara itu, pengurus sebuah apartmen di sini, Phang Han Kim berkata, sejak
pencemaran sungai berlaku, ramai pelancong asing membatalkan hasrat mereka
untuk membeli, seterusnya menetap di apartmennya berikutan terganggu serta
tidak selesa.
"Dua tahun lalu, ada seorang lelaki Jerman yang sudah menyewa di sini selama
enam bulan, malah telah membayar deposit, membatalkan hasrat membeli apartmen
di sini.
"Hobinya bersama isteri adalah berenang di pantai dan dia tidak selesa selepas
mendapati pantai tercemar," katanya.
Han Kim berkata, ada juga beberapa penghuni apartmennya yang sudah tidak lagi
menginap di situ disebabkan tidak selesa dengan pencemaran yang berlaku.
"Kebanyakan pembeli tertarik untuk menetap di sini kerana suasana nyaman dan
pantainya yang bersih serta keselamatan terkawal.
"Namun, disebabkan pencemaran sungai semakin teruk, ia mendatangkan pelbagai
masalah dan hilang daya tarikan semula jadi di sini," katanya.
Han Kim berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pelbagai pihak
bertanggungjawab namun sehingga kini tiada tindakan proaktif diambil.
“Kali terakhir pihak berkuasa atau jabatan berkaitan turun meninjau kawasan
adalah awal tahun lalu dan sehingga kini tiada maklum balas diterima.
“Akibatnya, masalah pencemaran bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan
malah menjejaskan sektor pelancongan di Daerah Port Dickson,” katanya.
Di beberapa sistem perparitan dan longkang di kawasan sekitar juga mendapati ia
tidak diselenggarakan dengan baik, selain sampah mengalir terus ke sungai
berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8850753.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/