Dahlah isu saman ekor tak selesai-selesai. Harga minyak manjang naik je. Nak 
ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu. Sekarang ni 
insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai 
insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya. Lepas ni banyaklah TIP untuk elak 
saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. 
SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

Utusan Malaysia 11 Mac 2011 - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang 
perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar 
premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia 
insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus 
daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan 
oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat 
insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 
150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak 
ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun 
akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 
1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," 
katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan 
masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil 
premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance 
Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

"Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 
tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran 
tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke