Hari demi hari, apa saja aktiviti Pakatan Rakyat di N.Sembilan disabotaj dengan begitu teruk sekali. Sebelum ni kain rentang Makan Malam PAS Rembau yang digantung tak sampai sehari hilang. Hari Raya tahun 2010 kain-kain rentang ADUN Pakatan Rakyat dicabut oleh petugas Majlis Perbandaran Seremban. Semasa PRU 2008, kain rentang PKR dibakar depan Giant, Senawang. Kini DAP buat Makan Malam pun diBAKAR kain rentangnya. AYUH KITA PASTIKAN KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI N.SEMBILAN !
Banner Makan Malam Rembau kena CURI di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/03/banner-makan-malam-rembau-kena-curi-jom.html MPS turun kain rentang ADUN Pakatan di http://pasns.blogspot.com/2010/09/pbt-turun-kain-rentang.html Sepanduk PKR dibakar depan Giant , Senawang di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/03/sepanduk-gambar-anwar-dibakar-di-rembau.html Kain rentang DAP kena bakar Sinar Harian 13 Mac 2011 SEREMBAN – Kain rentang hebahan Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-45 DAP yang digantung di depan khemah sebuah tapak lapang Fasa 8, Seremban Jaya, di sini menjadi mangsa khianat, pagi semalam. Kain rentang untuk majlis yang berlangsung minggu depan itu didapati terbakar dipercayai dilakukan mereka tidak bertanggungjawab. Timbalan Pengerusi DAP, P.Gunasekaran berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam. “Apa yang menghairankan, sepanjang 10 hari kain rentang itu dipasang, tidak ada sebarang perbuatan khianat berlaku. “Tetapi apa berlaku hari ini sesuatu yang mengejutkan kerana sebahagiannya sudah terbakar,” katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan parti itu. Sementara itu, Ketua Wanita DAP, Wong May May berkata, sejak DAP negeri membuat pengumuman mengenai majlis makan malam berkenaan, mereka menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak. “Namun, ia tetap diteruskan dan kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangat kita,” katanya. Majlis makan malam itu akan diadakan pada 18 Mac ini dijangka akan dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8861662.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

