Minggu lepas , sesudah hantar anak ke sekolah, dalam perjalanan ke pejabat 
Radio IKIM mengumandangkan lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain versi Bahasa 
Melayu. Begitu menyentuh perasaan mendengarkan kesungguhan Maher Zain 
menyanyikan dalam Bahasa Melayu dengan lirik yang meruntun iman, terasa sesuatu 
motivasi, sesuatu apa yang kita inginkan untuk kebaikan, insyaAllah ada 
jalannya.

Bila tengok pula video yang ada sarikatanya, ianya lebih menyentu perasaan, 
seoalah-olah ianya menggambarkan apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang 
ini, dan sekali lagi , insyaAllah ada jalan penyelesaiannya, kalau kita pohon 
pada Allah.

Saya masih tercari-cari apakah mesej yang disampaikan dalam video Maher Zain 
tersebut kalau A Picture Says A Thousand Words, tapi kalau A Video mungkin Says 
A Billion Words.

Dalam video tersebut dipaparkan sekumpulan Polis Pencegah Rusuhan yang sedang 
mengejar seorang wanita yang mengendong bayi yang masih kecil dengan belantan 
dan perisai tiba-tiba hilang.

Digambarkan seorang pemuda macam berbangsa Afrika Utara sedang lari dan mencari 
perlindungan di sebalik kepingan zink.

Seorang pemuda barangkali mahasiswa sedang belajar hampir dibelasah orang 
seorang lelaki yang bertubuh sasa berpakaian kemas.

Seorang penagih dadah yang boleh membunuh dirinya sekiranya dia berterusan 
menagih dadah.

Dan seorang muslimah yang hanya mampu menangis dan berdoa.

Sahabat-sahabat semua hayatilah senikata dan video tersebut, dan insyaAllah 
setiap permasalahan , setiap konflik, pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita 
mencarinya serta memohon kepada hanya yang Satu insyaAllah.

Vidoenya di 
http://www.youtube.com/watch?v=GhZ86f93gFQ&playnext=1&list=PL6AF1B7F71AB3CBF3 

Rozmal http://waghih.blogspot.com 

Lirik Lagu - Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke