http://fikrah-dakwah.blogspot.com
Mahasiswa Kempen "YA", IM Gabung saranan kumpulan Pembangkang
Author: Fikrah dan Dakwah
| Posted at: 7:38 PM |
Khamis 17 Mac 2011
Mahasiswa IM telah melancarkan kempen "YA" di Universiti Iskandariah
bagi mengalakkan rakyat menyertai pungutan suara pindaan Perlembagaan
yang akan diadakan pada Sabtu 19 Mac.
Laman sesawang Ikhwanweb hari ini melaporkan mahasiswa berkenaan telah
menganjurkan beberapa seminar bersama pensyarah dan mahasiswa di
pelbagai Fakulti bagi menerangkan pungutan suara serta menggalakkan
mereka menyertai dan mengundi "YA" bagi menyokong cadangan pindaan
perlembagaan.
Sementara itu, Ikhwanweb hari ini juga melaporkan IM telah mengeluarkan
kenyataan mencadangkan satu inisiatif sebagai menggabungkan idea-idea
yang dipersetujui oleh semua kumpulan pembangkang.
Inisiatif tersebut menggariskan bidang-bidang yang memerlukan reformasi
besar bagi membolehkan negara Mesir mencapai perubahan secara aman
dengan jayanya. Kebebasan politik dan pertanggung-jawaban termasuk di
dalam cadangan-cadangan penting yang dikemukakan.