Pada Sabtu 19 Mac 2011 saya menghadiri jemputan kenduri perkahwinan sahabat 
saya di Kg Kuala Dadeh, Sawah Raja, Kota, N.Sembilan bersama anak lelaki saya 
yang berusia 14 tahun. Dalam perjalanan pulang dari kenduri tersebut telah 
hampir waktu zohor. Lalu saya berkira-kira nak solat zuhur di mana, di Kota 
atau di Chengkau. Rasanya nak solat di Chengkau, tetapi teringat pesanan Tuan 
Guru Haji Basiron, bila dah masuk waktu solat terus di masjid terdekat, jangan 
tangguh-tangguh.

Kalau solat di masjid Chengkau, tempat letak keretanya selesa, ada warung lagi 
luar masjid. Oleh kerana dah sampai Masjid Kariah Kota dulu , lalu saya pun 
berhentilah solat zuhur di Kota. Sampai di perkarangan masjid nampak begitu 
ramai para jemaah Tabligh, semuanya orang asing, barangkali dari Pakistan yang 
baru juga sampai.

Lepas ambil wudu adalah 2 orang yang saya rasa orang tempatan yang saya tidak 
kenal. Ruang utama dalam masjid berkunci, ruang sebelah tidak berkunci. Saya 
ingatkan dah azan zuhur, salah seorang orang tempatan tadi pun mulalah ikamah, 
saya minta seorang yang berkopiah menjadi imam, dia pula minta saya jadi imam. 
Saya pun jadilah imam, walaupun saya tiada tauliah untuk jadi imam solat zuhur 
di masjid kariah.

Selepas solat saya terfikir, mana pergi imam yang dibayar elaun dengan kenaikan 
elaun yang lebih tinggi pada tahun 2011 ini? Mana perginya bilal kalau tiada 
imam? Mana perginya siak kalau tiada bilal? Mereka semua ini dibayar elaun 
untuk apa? Imam 2 , Imam 3 hingga Imam 10 kalau ada, rasanya tidak dibayar 
elaun.

Apakah Pengarah Jabatan Agama Negeri Sembilan hanya pentingkan imam untuk baca 
teks khutbah yang dibekalkan setiap minggu, jika tidak dibaca teks khutbah yang 
dibekalkan maka tindakan keras akan diambil?

Apakah Pengarah Jabatan Agama, Pengerusi Majlis Agama, Ketua Agama Islam di 
Negeri Sembilan ini tidak kisah ada masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang 
tidak didirikan solat fardu 5 waktu?

Orang Kota, Rembau jangan marah ye, saya pun dilahirkan di Kg Kota Pulau, Kota, 
N.Sembilan. Saya tegur ni, bukan saya marah kepada imam, kepada bilal, kepada 
siak, kepada Pengarah Jabatan Agama dan seterusnya. Tapi saya rasa kasihan dan 
belas ehsan (bukan wang ehsan) bagaimana mereka nak jawab semua perkara ini 
dalam kubur, di padang Mahsyar , di hadapan Raja segala Raja nanti.

Cubalah buat kajian berapa banyak masjid-masjid di N.Sembilan ini yang tidak 
didirikan solat fardu 5 waktu, kita ada USIM, kita ada MAINS, kita ada JHEAINS, 
kita ada UITM, kita ada Pusat Dakwah, saya cuma ada Allah dan Blog saya 
http://waghih.blogspot.com 

Jangan tangguh-tangguh, malaikat maut melawat setiap seorang kita 70 kali 
sehari.

Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?

Semasa kenduri di Sawah Raja tadi seorang sahabat beritahu pasal cerita Khutbah 
Jumaat di Masjid Seremban Selatan. Katanya Ustaz Khusairi Hamthan tidak mahu 
berkhutbah Jumaat lagi, kerana arahan Jabatan Agama Islam N.Sembilan WAJIB baca 
khutbah ikut teks. Mungkin ada imam boleh sahkan cerita ini.

Agaknya Tan Sri P.Ramlee dah lama nampak kekalutan pengurusan agama Islam dan 
masjid di Malaysia ini, cuba perhati betul-betul dalam kisah Musang Berjanggut, 
banyak sindiran. Antaranya Kadi Nikah Kahwin, mungkin sekarang perlu ditukar ke 
Imam Nikah Kahwin, dimana fungsi imam hanyalah nikah kahwin sekarang bukannya 
untuk memberi peringatan kepada masyarakat setempat semasa kuliah, ceramah atau 
khutbah Jumaat. Dan tugas imam juga ikut suka hatilah untuk imam solat fardu 5 
waktu, kerana tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.

Pada 18 Mac 2011 topik khutbah Jumaat satu Malaysia adalah mengenai Air, tapi 
bukan Air Tsunami. Satu dunia cerita pasal Tsunami di Jepun, khutbah Jumaat di 
Malaysia tidak langsung mengaitkan mengenai Tsunami sebagai iktibar, tapi 
cerita pasal air supaya kita berjimat cermat, tak salah, cuma tak kena masanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Menteri JAKIM, bangunlah dari tidur 
kalian semua. 

Jangan biarkan lebih banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Malaysia ini 
mati.

Ese makmum yo, bukan imam.

Oh Negeri Sembilan, Negeri Beradat, kaya dengan adat tapi miskin iman

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Gambar kenangan Masjid Kariah Kota di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke