Skim Rumah Pertamaku yang baru dilancarkan adalah satu usaha yang baik. Tapi 
takkan nak harap skim ini saja? Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan 
RM1000 sebulan, mereka yang kerja kampung, kerja kilang, penebar roti canai dan 
seterusnya? Cuti sekolah yang lalu Mac 2011, rumah adik ipar saya yang dibina 
sendiri oleh suaminya atas tanah ibu mertua saya telah pun hampir siap dan 
telah pun mula diduduki siap dengan bekalan air dan elektrik di Terengganu 
dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Terengganu tanpa perlu kelulusan pelan dan 
CF.

Inilah skim Rumah Pertamaku untuk orang yang berpendapatan tidak sampai RM 
3,000, bukan rumah pangsa, tapi rumah banglo di kampung. Ibu mertua saya hanya 
orang kampung, bukan ada pencen, bukan ada harta bertimbun-timbun, hanya ada 
sedikit tanah. Tanah yang sedikit ini diberikan kepada anak lelaki dan anak 
perempuannya untuk dibina rumah sendiri.

Tapi dapatkah perkara sebegini dilakukan di atas tanah adat di N.Sembilan? 
Jawapannya TIDAK ! Kalau dapat pun banyak karenah birokrasinya, nak buat rumah 
kampung di Rembau pun perlu kelulusan pelan dan CF oleh Majlis Daerah Rembau, 
bukan Dewan Bandaraya Rembau.

Mana pergi cerdik pandai di Negeri Sembilan ini ? Adakah ibu mertua saya dan 
lain ibu-ibu di Terengganu dan Kelantan yang tidak berpengajian tinggi lebih 
bijak dari semua cerdik pandai di Negeri Sembilan dalam Skim Rumah Pertamaku?

Artikel saya sebelum ini berkaitan isu ini dengan tajuk Rembau boleh jadi 
daerah Hantu, perlu diselamatkan di 
http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html 


Sabtu Mac 19, 2011 
Kerajaan Cari kaedah Terbaik Bantu Pemaju Perumahan Jayakan Skim Rumah 
Pertamaku 

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim 
Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berpendapatan tidak melebihi 
RM3,000 sebulan membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk 
institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga 
RM220,000.

Skim itu membolehkan membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah 
memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad juga akan menjamin bayaran pendahuluan atau 
deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. 
- BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/19/mstar_berita/20110319155320&sec=mstar_berita
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke