Iran berjaya cipta piring terbang

Kosmo 19 Mac 2011 

TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada 
kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar 
semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring 
terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang 
berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang 
yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an. 

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan 
tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang 
mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak 
kuat.

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem 
penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi 
tinggi)," lapor agensi berita ISNA.

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan 
dunia Barat.

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke 
angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik 
dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan 
sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
  

Beberapa ciptaan dan teknologi terkini hasil ciptaan saintis Iran pada pautan 
berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/08/melayu-setakat-main-mercun-je-iran-buat.html 
http://amkns.blogspot.com/2010/08/iran-rasmi-kilang-peluru-meriam.html 
http://amkns.blogspot.com/2010/09/iran-lancar-bot-terbang-buatan-sendiri.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke