Pada 15 Mac 2011 yang lalu saya menerima SMS dari seorang sahabat yang bukan 
Guru Takmir di N.Sembilan yang menyatakan bahawa guru-guru takmir dah 3 bulan 
tak terima elaun. Dia minta saya ketengahkan perkara ini. Manalah saya nak 
ketengahkan, saya bukannya Menteri Besar yang boleh saya tanya perkara ini 
kepada Pengarah Jabatan Agama N.Sembilan. Saya pun bukannya Wakil Rakyat yang 
saya boleh bertanyakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Dan saya pun 
bukanlah pemberita macam Karam Singh Walia tu yang boleh ketengahkan dalam 
Aduan Rakyat.

Jadi saya ketengahkanlah dalam Blog saya http://waghih.blogspot.com , moga ada 
yang boleh ketengahkan ke pihak yang berkenaan, untuk menyiasat perkara ini 
terlebih dahulu samada berita ini benar atau tidak. Adakah semua guru takmir 
belum terima elaun atau mungkin seorang dua sahaja yang mungkin belum disahkan 
jawatannya, yang  belum buka akaun bank dan mungkin beberapa perkara lain yang 
insyaAllah boleh diselesaikan secara baik.

Juga sebelum ini saya juga ada terbaca rungutan guru-guru KAFA/KAP/SARA di 
N.Sembilan ini belum terima kenaikan elaun seperti yang diumumkan oleh PM kita 
tahun lepas.

Selesaikanlah perkara ini dengan cara terbaik, dengan semangat muhibbah dan 
kasih sayang. 

Memang sekarang ini kewangan amat kritikal, lebih-lebih lagi awal tahun ini. 
Nak bayar yuran sekolah, pakaian sekolah, cukai pintu, cukai tanah, bil IWK, 
saman ekor dan macam-macam lagi.

Kawan saya pelukis pelan katanya dia tidak mampu lagi untuk bayar cukai pintu 
Majlis Perbandaran Seremban yang tarikh akhir sepatut bayar pada 28 Feb 2011 
yang lalu. Dia kata biarlah kena denda, dia akan bayar kemudian, sebab banyak 
perkara lain nak dibayar.

Itu pelukis pelan yang gajinya RM2000 lebih, bagaimana dengan guru takmir dan 
guru KAFA?

Rozmal bin Malakan  http://waghih.blogspot.com



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke