Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi
Oleh Shannon Teoh - The Malaysia Insider
March 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation 
digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji 
pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang 
bekas pakar geologi kanan kerajaan.

Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, 
ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal 
untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran 
kerja-kerja pemprosesan itu.

“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian 
Insider semalam.

Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, 
yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi 
loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di 
kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang 
menelan kos RM303 juta.

Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, 
untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.

Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda 
baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini 
menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan 
tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”

“Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada 
kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.

Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng 
hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan 
mentah digunakan di Bukit Merah.

Bagaimanapun, Wong BERKATA MENURUT TULISAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ITU LOJI 
TERSEBUT AKAN MEMPROSES 10 KALI GANDA NADIR BUMI DAN BOLEH MENYEBABKAN JUMLAH 
SISA PEMBUANGAN RADIOAKTIF DALAM JUMLAH YANG BANYAK.

“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan 
mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika 
mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.

Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada 
himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.

Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu 
daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dedahkan-segala-maklumat-loji-lynas-kata-bekas-pakar-geologi/
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke