AIR PARIT CEMARI PANTAI Berita Harian 23 Mac 2011 PORT DICKSON: Hitam, busuk dan menjijikkan! Air parit bersebelahan Marina Bay Apartment, di sini menyebabkan penghuni dan penyewa yang tinggal di apartmen itu pada hujung minggu termasuk warga asing, tidak senang duduk dengan keadaan kurang menyenangkan itu.
Bukan tidak pernah membuat aduan, malah penghuni dan pihak pengurusan apartmen mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan berhubung masalah itu, tetapi keadaan tetap sama. Parit yang mengalir dari kawasan penempatan berdekatan juga mengalir ke pantai, menyebabkan penghuni bimbang air kotor itu akan mencemarkan laut di pantai berdekatan yang menjadi tumpuan pelancong. Pengurus Perbadanan Pengurusan Marina Bay Apartment, Phang Han Kim, berkata masalah itu berlaku sejak 2008 dan pihaknya yang tidak tahan dengan keadaan itu mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasi masalah itu yang masih berterusan hingga kini. "Seorang penghuni apartmen ini dari Jerman yang tidak tahan menghidu bau dan pemandangan yang menyakitkan mata, pernah membuat laporan di balai polis, tetapi saya tidak tahu apa tindakan susulan kerana keadaan masih sama. "Hanya selepas keadaan parit itu semakin teruk, pihak berkuasa datang dan menjalankan siasatan, malangnya air kotor itu tetap mengalir seperti biasa," katanya ketika ditemui. Phang mahu MPPD dan agensi berkaitan berusaha menangani masalah itu supaya tidak menjejaskan penghuni apartment itu dan mencemarkan nama baik Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Airparitcemaripantai/Article BERITA BERKAITAN : Tiada Laut Biru , Hanya Sampah : Port Dickson Kotor di http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pantai-port-dickson-kotor.html Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk http://amkns.blogspot.com/2011/03/pantai-porti-dickson-semakin-tercemar.html Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat http://amkns.blogspot.com/2010/11/pantai-port-dickson-pusat-pembuangan.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

