Ketika menunggu solat jemaah maghrib di surau, saya sempat bertanyakan jiran 
saya yang baru bersara dari ATM. Semasa berkhidmat beliau hanya anggota tentera 
pangkat bawahan berpangkat Lans Koperal. Saya pun kata, senanglah dah pencen 
sekarang ni, dah bebas. Dia mengeluh, bebas apa, poning kepalo pikir bilo nak 
dapat pencen, kurang-kurang 3 bulan nak tunggu. Ada sarjan tu dah bersara 5 
bulan belum dapat pencen lagi, dan katanya banyak kes macam ni.

Saya tanya dia, perkara ni dari dulu ke macam ni? Dia kata semasa UGAT atau 
Unit Gaji Angkatan Tentera uruskan hal pencen tiada masalah, tapi bila di ambil 
alih oleh Veteran atau JHEV, masalah ini berlaku.

Saya bertanya lagi, bila JHEV buat urusan pencen ni. Katanya dah 2-3 tahun 
jugalah.

Kawan saya ni dah tamat kursus. Anak-anak masih bersekolah menengah dan rendah, 
memang pun pening kepala. Itu yang duduk Seremban, bagaimana mereka yang duduk 
di Kuala Lumpur, Sabah atau Sarawak yang kos sara hidup amat tinggi?

Kepada Dato Dr Zahid Hamidi dan Jeneral-Jeneral kat atas tu, cubalah selami 
masalah anggota peringkat bawahan yang baru pencen ini.

Kita sepatutnya semakin canggih, kem tentera termoden pun baru dirasmikan, 
kampung pun dah ada Wifi, takkanlah urusan pencen tentera ni semakin mundur ke 
belakang pula.

Saya tanya kawan saya, kenapa tak mengadu ke pihak atasan, masuk dalam akhbar 
ke. Katanya mengadu pun tak guna, nanti akan diberi pelbagai alasan teknikal.

Adakah perkara ini wakil rakyat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sedar? Atau 
sibuk nak bincang isu Video Lucah, projek Kereta Perisai RM8 billion, projek 
Kapal Laut?

Baru-baru ni ayah saya seorang pesara tentera mendapat undangan peribadi dari 
bekas Panglima ATM untuk hadir ke majlis Reunion Rejimen 1 Renjer Diraja di 
Kuching, tetapi tidak dapat hadir kerana ayah menunaikan umrah. Agi Idup, Agi 
Ngelaban.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Saya pun carilah dalam blog lain akan masalah pencen ini, jumpalah satu blog di 
bawah ini  :

KES Faizzal Jinong Abdullah - Jangan Lagi Berlaku Kepada Pesara Lain 

Kes Seorang pesara tentera iaitu Faizzal Jinong Abdullah telah menggemparkan 
Kementerian Pertahanan setelah disiarkan oleh Buletin 1.30 bertarikh 29/12/2009 
di TV3. Sebenarnya perkara ini boleh diatasi jika individu yang terlibat, 
pasukan terakhir di mana individu bertugas dan Kementerian Pertahanan (JRP/UGAT 
dan JHEV) memainkan peranan masing-masing. 

SUATU perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah...kelewatan bayaran 
pencen kepada persara tentera....... mengapakah pembayaran pencen, ganjaran 
perkhidmatan, pembayaran Caruman LTAT dan pembayaran FGCR sering berlaku 
kelewatan sehingga 2 ke 3 bulan selepas tarikh tamat perkhidmatan. Suatu 
perkara yang perlu difikirkan ialah......... APA KELUARGA MEREKA NAK MAKAN 
DALAM TEMPOH 2 KE 3 BULAN ITU. 

Sumber 
http://persaratenteraterabai.blogspot.com/2010/01/kes-faizzal-jinong-abdullah-jangan-lagi.html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke